Salam, Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam CCRIS – Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara, bermula pada bulan ini, perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, bagi anda yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman pendidikan dengan PTPTN, anda akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman, ini agak merumitkan lagi, yelah nak beli rumah, kereta mana nak mampu beli cashkan??
Serius bunyi macam seram je kan? tapi yelah dah pinjam kenalah bayar balik kan?, saya sendiri ada Pinjaman Pendidikan dengan Perkeso kehkehkeh, bila tah nak habis..adoiii -..-“, oh ye dan dengarnya orang kata kalau dah sampai masuk dalam CCRIS ni, payment kena cantik, tak boleh ada lobang-lobang, kena ada komitment untuk bayar tiap bullan, kalau tak memang susah nak buat pinjaman, silap-silap surat lawyer sampai, takpun disenarai hitam huhuuu.
Walaubagaimanapun, sistem ini hanya untuk mereka yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, jadi korang yang tetiap bulan bayar tu takperlu lah risau ye. Dan bagi peminjam PTPTN yang berhadapan dengan hal ini, anda hendaklah membuat perbincangan dengan Pihak PTPTN untuk mengemukakan Penjadualan semula atau erti kata lain, jadual pembayaran balik yang baru.
Dan yang menariknya, bagi anda yang berjaya membayar pinjaman PTPTN sekaligus sebelum 30 September nanti, anda layak untuk menerima diskaun 20 peratus, banyak tu!
Sekarang ini, sebagai ibu bapa, tak salah kita menyimpan duit untuk pendidikan anak-anak kita dimasa hadapan, pentingnya menabungkan??, risau bila kita sendiri berhadapan dengan masalah sebegini, tak setel lagi, nanti anak-anak nak sambung belajar nanti macam mana? hem…puas juga fikir ni, Alhamdulillah menabung untuk anak-anak, Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit, boleh juga menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Untuk Anak-anak, banyak alternatif sebenarnya.
– Alhamdulillah setiap bulan dapat bayar loan study dengan income dari blog ^_^
jadi..jangan ada yang wat lupa-lupa bayar hutang ptptn ye..
encik bakul recently posted..Bukti bayaran komisen selepas buat kerja dari Jobdirumah
Dengar kata tak jadi disenaraikan?
profhariz recently posted..MyKad Smart Shopper – Daftar, Diskaun, Point, Tebus
Bagi peminjam harus segera mengembalikan pinjaman sebelum 30 September ni agar dapat diskon 20% kan lumayan…
Rina recently posted..Create Responsive Vertical Dropdown Navigation Menu with HTML & CSS
Zaman saya tidak PTPN. Ada pun pinjaman MARA sudah langsai. Ikat perut, minta ibu simpan sedikit simpanan duit gaji dan main kutu. Sanggup bawa bekal roti dan air sirap setiap hari ke tempat kerja? Antara inisiatif saya lakukan.
akubiomed recently posted..Membidik Silvery Lutung di Bukit Melawati
zaman dulu takde PTPTN…
setujulah denga kak yan, sekarang pun dah ada pilihan boleh pilih insuran skim tabungan, lebbih selamat.
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
alah risau plak dengar pasal nih, hehehee
Juan recently posted..Resepi Spaghetti Bolognese Maggi Sedap
gua dah habis bayar. hoho..selamat.
titan recently posted..Ejam Othman – Blogger yang kacak lagi penyayang.
Tak pernah belajo tinggi2…duit takde masa tu hehehe..
azman recently posted..Kisah Raya – Buat Lemang
Alhamdulillah bulan2 memang bayar hutang PTPTN tu. Walaupun tak dapat bayar sekaligus terus dapat bayar bulan2 pun kira ok laa. Entah bila nak habis hutang dgn PTPTN..
Suraya recently posted..Berkelah di Hari Raya
sekarang smua ada pinjaman , desakan hidup 🙂
puanbee recently posted..Hiasi RAYA dengan DULUX INSPIRE & Peraduan Aksi Cerah & Ceria
tak pinjam memang tak merasalah nak ada rumah..kereta..
yanmie recently posted..Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam CCRIS Bank Negara
Baru teringat bulan ni tak bayar lagi hahaha.
Azie bayar pun rolling guna bonus simpanan sendiri, sikit2 lama-lama habis.
Nak minta wan bayarkan, dia pun ada pinjaman sendiri kihkihhh.
Azie recently posted..Cara mudah Kupas Kulit Pisang untuk dibuat kerepek
Cepat2 bayar, dah nak habis bulan hehee, akak biasa bayar tgh bulan, guna duit Innity hehee
yanmie recently posted..Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam CCRIS Bank Negara