Hi, susah betul nak menghadap laptop sekarang ni sejak Baby Irfan dah pandai serba serbi, dah pandai demand tu, nak berkepit saje dengan Ibu, asal ibu bangun je mula lah dia laju-laju ngejar ibu dari belakang, capai kaki ibu cepat-cepat…alahai lah anak, kerja rumah pun banyak tertangguh, sampai kemalam ibu berkejar-kejar nak siapkan segala kerja rumah, harapnya tak berpanjangan macam ni hahahahhaaaa.

bubur nasi brokoli dan sup ikan

Oklah nak shareΒ Resepi Makanan Bayi – Bubur Nasi, Brokoli Dan Sup Ikan, menu ni saya buat untuk dia baru-baru ini, saje nak kenalkan Baby Irfan dengan makanan berasaskan Protien pulak, bagi dia makan ikan, lepas ni baru ajar dia makan telur sikit-sikit, tengok kalau ok boleh teruskan, kena kenal pasti dahulu sama ada dia ok ataupun alahan, yang ni Mak-mak kena kenal pasti ye makanan apa yang ok dengan Baby kita.

bubur nasi brokoli dan sup ikan

Jom saya share resepi ni, senang aje, mungkin yang membezakannya dengan bubur mak-mak diluarsana mungkin dari segi teknik πŸ˜€

sup ikan untuk bayi

Bubur Nasi, Brokoli Dan Sup Ikan

Bahan-bahan :-

  • Beras, setengah pot (Basuh dulu)
  • Brokoli
  • Ikan Tenggiri
  • Bawang merah
  • Halia

Cara Memasak

  • Masak beras tadi sehingga menjadi bubur (tau kan masak bubur macam mana? hihihi)
  • Dalam periuk lain, rebus brokoli sehingga masak
  • Dalam periuk lain rebus ikan bersama bawang dan halia

Cara menyediakan

  • Blender bubur nasi tadi bersama sayur brokoli yang telah direbus
  • Letakkan isi ikan kedalan bubur tersebut bersama sup ikan bersama
  • Gaul-gaulkan, dan sedia untuk bagi baby makan, nyuuumms!!

Sebenarnya Baby Irfan dah boleh makan bubur tanpa diblender, tapi memandangkan dia belum ada gigi lagi, terpaksalah juga saya blender sayur brokoli tu, dah alang-alang campurkan sekali dengan bubur tadi.

bubur nasi brokoli dan sup ikan

Sejujurnya pada usia anak sebegini saya memang tidak menggunakan sebarang perasa seperti garam atau kiub, saya lebih suka beri dia “Original Taste”, walaupun ada orang sarankan “alaaaaa letaklah sikit garam…sian dia makan takde rasa” ermm..bagi saya ok je dia tak makan yang masin-masin tu, elok je dia makan abis licin, nanti-nantilah bagi dia rasa garam tu huhuhuuuu -..-“

bubur nasi brokoli dan sup ikan

Nyummsss..sedap katanya hihihi

makanan bayi

Licin~

Sebenarnya saya dah tak buat stok makanan untuk baby Irfan, saya masak hari-hari sebab nampak dia macam dah mula jemu kalau hari-hari menu yang sama hahhahaa, ok jadinya nak tak nak saya kena buat menu lain-lain setiap hari, itupun setelah mengamalkan teknik “Kenalpasti anak alahan atau tidak dengan makanan”, so disebabkan itu dah boleh bagi dia menu yang pelbagai.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

24 thoughts on “Resepi Makanan Bayi – Bubur Nasi, Brokoli Dan Sup Ikan”
  1. salam dear, thanks for the recipe..cuma nak tanya, baby 8 bulan boleh tak makan ikan lain macam ikan selar ke? ke elok tenggiri je? heheh thanks ye! πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge