Salam semua, hari nie adalah episode terakhir bagi Drama Chinta di slot akasia TV3, dan bermula 15 nov 2010 drama terbaru yang menggantikannya adalah drama yang bertajuk Seribu Kali Cinta yang macam biasa waktu tayangannya isnin hingga khamis pukul 6.30 petang.

seribu kali cinta

Drama komedi Romantik ini di bintangi oleh Kamal Adli, Norkhiriah, Cat Farish, Intan Ladyana, Abu Bakar Omar, Rozie Othman. kalau ada norkhiriah mesti best nie sebabnya dia tu boleh tahan jugak bawa watak yang komedi nie. lebih-lebih lagi ada Kamal dan intan ladyana..pergh!! pasangan romantik 😛

Jom layan sinopsis Seribu kali cinta

Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Kredit kepada Nuriz

Nota Yanmie : macam mana tu ye seribu kali cinta??

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

77 thoughts on “Seribu Kali Cinta – Slot Akasia TV3”
  1. wazy :
    wahh baru je tergerak nak buat sinopsis cerita ni
    hihi tapi tak ada idea lak,ambil dari blog akak ni leh tak,nanti saya bagi full kredit

    hehehe cool..rasa nak amik gak..tp xtaw lagi biila ..hik3

  2. Ezniey :
    Alaaa….
    cerita ni sama macam cerita orang Inggeris laaa…
    jalan cerita dia sama giler
    perempuan tu x ingat setiap hari diorg dating
    setiap hari pompuan tu buat mende sama
    setiap hari sambut besday (sbb time dia kena penyakit tu time besday dia)
    Tapi kan,kalau yang yang org putih tu nyer best laaaa…
    hope2 mest best cerita tu…

    ye ke?apa cite tu

  3. Alaaa….
    cerita ni sama macam cerita orang Inggeris laaa…

    jalan cerita dia sama giler
    perempuan tu x ingat setiap hari diorg dating
    setiap hari pompuan tu buat mende sama
    setiap hari sambut besday (sbb time dia kena penyakit tu time besday dia)

    Tapi kan,kalau yang yang org putih tu nyer best laaaa…

    hope2 mest best cerita tu…

  4. seribu kali cinta. cerita cinta nie mmg kegemaran suru rumah. sbb tu die show time nie… 6.30 to 7.30.. citer chinta ade layan gakla..

  5. Izinkan nak copy sipnosis, bukan copy sebab saya linkkan ke sini.. Norkhiriah best, kamal adli pelakon baru yang semakin meningkat naik.. intan ladyana harap2 tak kaku lakonanya…

  6. […] Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut. Sumber : Yanmieonline […]

  7. akhir dah today citer chinta..skali pon xpernah tgk akak..heee keje…huhuhu nk tgk kt tv3 kn gn tonton lembab giler..last2 xpayah tgk trs huhuhuh

  8. @yanmie
    aha.. ye2.. saya pon teringat jugak.. muka dia eksited giler.. ahakz.. dia pelakon serba boleh membawa pelbagai watak..

    yep.. tahu.. ingat nak update pasal chinta nanti.. ntah ler.. tgk dulu..

  9. huh.. mcm best.. saya suka cara lakonan norkhiriah.. dia berlakon best.. nanti nak layan plak le cerita seribu kali cinta ni.. cerita chinta skrg pon best.. hehe

    1. norkhiriah mmg best, teringat lak masa dia menang award apatah dulu tu, punyelah dia eksited berucap..ehehe tp dia mmg best! mcm2 watak dia blh bawa..klu yg sedih2 lg..pergh!!! meleleh je air mata…ahahhaa

      chinta last hari nie 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge