Drama Chinta TV3 – Mainan emosi Chinta

Salam semua, pekabar? lama jugak rasanya tak update blog nie, tengah nak cari mood nak update pasal entry raya, semalam baru balik dari kampung so sangat keletihan sebabnya singgah ke 5 buah rumah sebelum balik klang…ehehe raya sakan tu :P

Oklah nak cerita pasal Drama Chinta di TV3 yang bakal menggantikan drama Epilog Syurga Cinta. Fuh, tak sabar nak tengok lakonan Fasha Sandha bertudung, hari tu tu jadi duyung boleh lah…ehehe. meh layan Sinopsis Drama Chinta, kalau ada link Full Download Drama Chinta nie nanti Yan sharekan disini :)

Teraju utamanya yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min.

Fasha yang menangis setiap kali membaca skripnya hasil tulisan Azlina Pa’ Wan menyifatkan watak ini sebagai paling mencabar dalam karier seninya.

Bukan kerana Chinta memaksanya beraksi lasak atau berdepan cabaran ngeri, sebaliknya watak ini diselongkar terlalu dalam daripada aspek permainan emosi dan naluri peribadinya.

“Penat rasanya setiap kali saya menghayati perwatakan Chinta kerana mainan emosinya terlalu dalam hingga membuatkan saya rasa takut dan seram. Chinta bukan lagi berdepan konflik cinta sesama manusia atau rasa benci kepada seseorang, sebaliknya perasaan dendam seorang gadis terhadap takdir dan Tuhan dijadikan subjek utamanya. Mana tidak, saya menggigil acap kali meneliti ucapan yang perlu saya lontarkan ketika di set penggambaran.

“Bayangkan, saya masih merasai tekanan watak Chinta walaupun di luar set penggambaran. Chinta bagai menghantui saya dan mengarahkan gerak hati untuk menyelongkar perwatakannya dengan lebih dalam.

“Alhamdulillah selepas seminggu membawakan watak ini, saya semakin serasi dan dapat membawa watak ini dengan lebih ringan dan selesa,” katanya yang berada di pulau legenda itu selama sebulan sebelum pulang menyambung penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pula.

Drama Chinta yang bakal menemui penonton pada hujung September depan ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri l(akonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Jelas Fasha yang kini lakonannya ligat ditayangkan di slot legenda TV3 iaitu Duyung Aridinata, dia tidak berfikir dua kali untuk merembat peluang dan kepercayaan diberi ini bagi meningkatkan lakonannya ke tahap lebih baik.

Meskipun terpaksa bertarung dengan kemelut rasa takut dan kerisauan yang tidak pernah lekang daripada kotak fikirannya, Chinta adalah sesuatu yang baru untuk lapangan lakonannya.

“Kepercayaan diberi kepada saya adalah sesuatu yang istimewa hingga ia boleh disifatkan sebagai cenderahati buat karier lakonan yang belum menampakkan isyarat berhenti ini, walaupun badai yang datang bukan sekali menghempas nama saya ke tepi.

“Chinta adalah hadiah buat peminat setia saya untuk melihat transformasi Fasha Sandha secara maksimum,” katanya.

Bagaimanapun, bagi penerbit eksekutifnya yang sebelum ini menerbitkan rangkaian drama popular seperti Asmaradana, Bella dan Na-O-Mei iaitu Jalena Rejab, Chinta bakal menghidangkan satu rencah istimewa kepada penonton setia TV3 selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Selain yakin dengan pemilihan pelakon yang dirasakan terbaik menggalas watak masing-masing, Jalena yang mesra disapa Kak Jai mengharapkan penonton dapat mengikuti drama bersiri ini dengan penuh penghayatan kerana segala maksud tersirat tersembunyi di sebalik babak ditampilkan.

“Chinta adalah karya segar yang bukan setakat sebuah jalinan plot cerita biasa. Saya yakin drama ini dapat memberi kelainan yang benar-benar tersendiri kepada peminat drama televisyen yang sentiasa inginkan pembaharuan,” katanya. – Sumber Forum Cari.com

Nota Yanmie : tengah mencari-cari mood blogging :P

13 Comments on Drama Chinta TV3 – Mainan emosi Chinta

  1. Athirah
    February 22, 2011 at 12:45 pm (3 years ago)

    Pewitt………….cun giler

    Reply
  2. Athirah
    February 22, 2011 at 12:44 pm (3 years ago)

    akak Fasha memang pelakon THE BEST……..MUAH…………

    Reply
  3. SuaraPeople
    November 25, 2010 at 7:24 am (4 years ago)

    perghhh seksi fasha sandha tgoda nih…ayu gler

    Reply
  4. wazy
    September 16, 2010 at 10:28 am (4 years ago)

    sejuk mata memandang bila tengok fasha bertudung
    hik3

    Reply
  5. eyriqazz
    September 15, 2010 at 6:19 pm (4 years ago)

    wah,makin ayu pakwe jejai..patutla jejai beraya serba pink…

    Reply
  6. Anip
    September 15, 2010 at 11:32 am (4 years ago)

    mcm best je citer nie..hmm…
    fasha nmpk cantik lak pake cmnie…

    Reply

2Pingbacks & Trackbacks on Drama Chinta TV3 – Mainan emosi Chinta

  1. [...] semua, hari nie adalah episode terakhir bagi Drama Chinta di slot akasia TV3, dan bermula 15 nov 2010 drama terbaru yang menggantikannya adalah drama yang [...]

  2. [...] merupakan Episode 1 Drama Chinta di TV3 untuk slot akasia, dimana menggantikan drama Epilog Syurga Cinta. untuk episode 1 nie oklah [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge