Salam semua, hari nie adalah hari pengundian Pilihan Raya Kecil Sibu P212, undian di adakan kerana atas kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010 yang lalu.

DAP MENANG KERUSI PARLIMEN SIBU

DAP – 18,845

BN – 18,447

Ind – 232

Majority – 398

SIBU: DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.

Sumber Berita Harian Online

Sumber dari Malaysiakini.comPerisik Rakyat@bharianmy, Berita Harian Online. DAP menang dengan Majoriti 398, merampas kerusi parlimen Sibu.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)”
  1. ala..sama jer..menang DAP ke menang BN ker…sama jer..x payahla nk kutuk2 dan hina2 org…sedarla ckit xde BN x amannyer ko..

  2. DAP MENANG!
    PUASHATI AKU!!!!!
    JELAS RAKYAT BUKAN MUDAH DIPERBODOHKAN MCM DULU!!!!!!
    CUMA MEREKA SEBENARNYA YANG BODOH SELAMA INI!!!!!!!
    BILA TEMBELANG DAH PECAH KELAMKABUT BERDOLAK DALIH!!!!
    SEKARANG RAKYAT DAH MULA BANGUN,DAH MULA TERSEDAR DARI LAMUNAN!
    ZAMAN UMNO/BN DAH SEMAKIN KETINGGALAN KEBELAKANG!
    TABIK PADA umno DULU!SEKARANG TAK LAGI!BANYAK SANGAT MENIPU!

  3. klu BN yg menang sblm kul 8 mlm da heboh…klu pembangkang yg menang senyap jer…..ni ape kes?????

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge