Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)

by yanmie on May 16, 2010

Salam semua, hari nie adalah hari pengundian Pilihan Raya Kecil Sibu P212, undian di adakan kerana atas kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010 yang lalu.

DAP MENANG KERUSI PARLIMEN SIBU

DAP – 18,845

BN – 18,447

Ind – 232

Majority – 398

SIBU: DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.

Sumber Berita Harian Online

Sumber dari Malaysiakini.comPerisik Rakyat@bharianmy, Berita Harian Online. DAP menang dengan Majoriti 398, merampas kerusi parlimen Sibu.

Artikel Berkaitan:

{ 11 comments… read them below or add one }

Anonymous April 16, 2011 at 11:49 pm

ala..sama jer..menang DAP ke menang BN ker…sama jer..x payahla nk kutuk2 dan hina2 org…sedarla ckit xde BN x amannyer ko..

Reply

boyagunung May 17, 2010 at 2:14 am

DAP MENANG!
PUASHATI AKU!!!!!
JELAS RAKYAT BUKAN MUDAH DIPERBODOHKAN MCM DULU!!!!!!
CUMA MEREKA SEBENARNYA YANG BODOH SELAMA INI!!!!!!!
BILA TEMBELANG DAH PECAH KELAMKABUT BERDOLAK DALIH!!!!
SEKARANG RAKYAT DAH MULA BANGUN,DAH MULA TERSEDAR DARI LAMUNAN!
ZAMAN UMNO/BN DAH SEMAKIN KETINGGALAN KEBELAKANG!
TABIK PADA umno DULU!SEKARANG TAK LAGI!BANYAK SANGAT MENIPU!

Reply

abad May 16, 2010 at 10:59 pm

DAP menang……
.-= abad´s last blog .. =-.

Reply

abad May 16, 2010 at 10:56 pm

politik mmg politik..xkira time keja or time ngundi…semua politik

Reply

zida May 16, 2010 at 10:11 pm

Sebab tu Zida tak suka bab bab politik ni. Cam nyampah je. Hoho
.-= zida´s last blog ..Terima Kasih Guru, Kan Ku Ingat Selalu =-.

Reply

emma May 16, 2010 at 9:50 pm

klu BN yg menang sblm kul 8 mlm da heboh…klu pembangkang yg menang senyap jer…..ni ape kes?????

Reply

Meow May 16, 2010 at 8:24 pm

xsabar nak tahu sape yg menang

Reply

Amir Said May 16, 2010 at 8:21 pm

RT @yanmie: Blog Updated : Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212) http://bit.ly/bJ8hTJ

Reply

mohd hafizuddin May 16, 2010 at 12:19 pm

hoho seo RT: @yanmie: Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212) http://bit.ly/bJ8hTJ

Reply

yanmie May 16, 2010 at 12:17 pm

Blog Updated : Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212) http://bit.ly/bJ8hTJ

Reply

yanmie May 16, 2010 at 12:11 pm

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212) http://bit.ly/bJ8hTJ

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: