Eh dah start rupanya drama Kekasihku Puyu Di Slot Lagenda TV3, maklumlah raya macam nie memang kurang aktiviti menghadap TV, sibuk melayan tetamu. Oklah sebenarnya drama nie dah mula disiarkan pada 29 Ogos yang lalu (balik kampung), drama ini dibintangi oleh Intan Ladyana, Mohd Fazren Mohd Rafi, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

kekasihku puyu

Saya sendiri belum sempat menonton drama ini, nampaknya kena follow kat tonton, takpun layankan je terus, langkau episode hehe, jom layan Sinopsis Kekasihku Puyu, “drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang telah dikurniakan seorang bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka semasa lahir telah ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu tersebut ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan tersebut di berikan nama Bidasari”.

Apakah yang berlaku seterusnya kepada Bidasari?? sama-sama kita saksikannya seperti biasa setiap isnin hingga khamis pada pukul 4 petang di TV3.

– Saya masih demam :'(

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “Kekasihku Puyu Di Slot Lagenda TV3”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge