Seronokknya Family Gathering Di Port Dickson

Assalam, baru-baru ni kami sempat bercuti ke Port Dickson, tak jauh pun dari rumah, adalah lebih kurang 1-2 jam perjalanan gitu, kami stay di Homestay Terbaik Port Dickson  bawa sekali Mak Ayah, adik beradik lain pun pergi sama cuma dorang menginap gi Hotel Glory Beach Resort

teluk kemang port dickson

Seronok bila dapat berfamily Gathering macam ni, alhamdulillah ALLAH izinkan dan berikan peluang untuk kami adik beradik berkumpul bersama ibu bapa kami di sini. Petang tu sampai kami Check in dulu, bawa anak-anak mandi di kolam penginapan, lepas tu siap-siap bawa minum petang di Teluk Kemang Port Dickson sebelum kami memulakan aktiviti BBQ selepas Maghrib di Pantai Teluk Bagan Pinang.

Mak ?? Anak

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Dengan Mak Tercinta lagi Tersayang 😀

minum petang di teluk kemang port dickson

Minum petang dulu di Pantai Teluk Kemang, ayah time ni pergi melawat kawasan sekitar heeee jadi takde gambar ayah dalam ni.

Bbq

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Lepas maghrib adik beradik yang lain dah sampai sini dulu buat BBQ di Pantai Teluk Bagan Pinang, lepas isyak baru kami sampai sini, mak datuk ramainya orang lepak memalam sini, meriah sungguh, yang bagusnya tempat macam ni boleh buat BBQ.

bbq di pantai port dickson

Antara yang dibakar, hakak tukang makan hehee (Nasib ada Pic makanan ni kat wasap) haha

Adik beradik lain memang dah sewa awal-awal tempat bakar BBQ dan peralatan yang lain serta lauk-lauk dorang dah order, tinggal masak je. hakak serombongan ni datang makan aje hahhaa, maklumlah datang dengan mak bapakkan dorang takleh penat mueheheee, seronoknya berkumpul-kumpul, ALLAH bahagia rasanya…

Muka-muka bahagia terlampau hahaha

glory beach resort

Keesokkan harinya sebelum check out balik, adik beradik yang lain mandi kolam dulu, kami tak mandi dah lah, anak-anak je mandi masa sampai lepas check in kat homestay tu, nasib ada kolam hahaha. kalau tak boleh buat bergaduh dengan dorang dapat tau makcik-makcik dorang mandi kolam hahahaha

 

Gambar BBQ tak banyak, phone bateri hakak time ni nyawa-nyawa ikan, jadi ini je gambar yang ada, tak apalah gambar tak banyak pun yang penting memori bersama tu yang penting, setiasa terasa dihati.

Ya Allah Ya robulalamin.

1. Ya Allah jika di saat ini, ada keluarga adik beradik dan sahabatku yang sakit, sembuhkanlah dia.

2. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga adik beradik dan sahabatku yang bermasalah, beri lah jalan keluar untuk dia.

3. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga adik beradik dan sahabatku yang kesempitan rezeki, kau lapangkanlah rezekinya.

4. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga adik beradik dan sahabatku yang bermasalah diantara satu sama lain damaikan lah mereka.

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga adik beradik dan sahabatku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga adik beradik dan sahabat ku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga adik beradik dan sahabatku yang bersedih hati… kembalikan lah kecerian diwajahnya.

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga adik beradik dan sahabat ku yang berada di persimpangan jalan yang berliku, tunjukkan lah jalan yg diridhoi oleh Mu.

Kau Makbulkanlah Doaku ini Ya ALLAH, Aamiin Ya Rabbalalamin

Mak dan Ayah dah balik kampung (Sabah) sedih pula, semoga ALLAH berikan lagi peluang untuk kami bahagiakan ibu bapa kami. InsyaALLAH Aamiin.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

18 Comments on “Seronokknya Family Gathering Di Port Dickson”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge