Menginap di Kinta Riverfront Hotel & Apartment Ipoh Perak

Assalam, ni cerita cuti sekolah sebelum ni hehee, kami berkesempatan bawa anak-anak bercuti di Lost World Of Tambun, Ipoh Perak. Untuk penginapan hakak search di booking.com and kami Menginap di Kinta Riverfront Hotel & Apartment Ipoh Perak. 1st time bercuti di Perak, selalunya perak ni jadi tempat rehat dan makan kalau nak balik kampung di Kedah hehee

So this time kami bercuti disana, banyak juga tempat menarik ni di Perak ye, tapi tak sempatlah nak pergi semuanya, kami fokus nak ke Lost World Of Tambun aje hahaha. Sebelum ni pun dah pernah juga sampai Tambun, kami hantar anak ke Kem Tahfiz Ustaz Kazim Elias. Tapi takde jalan mana pun, lepas hantar pastu baliklah, time tu kami menginap di The Haven. nanti hakak citer pasal The Haven ni ye hihihi

kinta riverfront ipoh

Kaki mirror selfie 😛

Kami menginap 3 hari 2 malam, RM730 oklah selesa, cantik dan bersih dan wangi, pastu siap dengan coklat macam-macam jenis, dengan air mineral banyak, meriah!! boleh buat macam rumah sendiri selesa. Hakak memang rekemen kat korang. Puas hati tu penting kan….bayar mahal tapi kalau tak enjoy duduk situ buat apa? macam ada 1 tempat tu kami pegi, owner tak habis2 cakap jaga kebersihan, masuk2 rumah dia takdelah pun bersih sangat, eh…termengata pula hahhaa dah ler bayar mahal, ishh…apalah hakak ni mengeluh plak, tak baik kekeke.

menginap di hotel

Meriah anak-anak macam-macam biskut, coklat, jajan ada hahaha syok!

view kinta riverfront

View dari Suites kitaorang, kalau malam betul lagi cantik ada lampu-lampu macam kat Icity tu.

Ala gambar tak banyak pula hahaha, hakak ligat buat instastory di Instagram time ni, so video banyaklah. gambar tak banyak, dapat gambar atas tu pun sebab hakak screen capture dari video gopro aje hehee. jadilah dari takde kan. nak puas hati tunggu hakak up video di youtube, bila tak tahu, tunggu hakak rajin hehee, tapi video atas sekali yang share dari Instagram hakak tu pun kira dah boleh view semua apa yang menariknya kat suites kami duduk ni.


@yanmie
Oh ya meh lah Follow Instagram hakak, hehee kat situ hakak rajin update pasal tempat-tempat hakak pergi Travel/Bercuti. Maceeehhhh hihihi

kinta riverfront hotel

Ni gambar dari booking.com, hakak memang booking melalui booking.com, nanti lepas booking nanti adalah nanti owner akan contact kita semula untuk minta deposit untuk secure booking, yelah dorang pun tak mahulah rugi kan takut-takut kita main booking sesuka hati plak, kan dah kesian kat dorang last minit nak cari customer lain, walaupun free cancellation tapi takkan lah kita tergamak nak cancel last minute.

kinta riverfront night

Waktu malam memang ramailah orang lepak sini, lampu-lampu macam Icity tulah hakak cakap cantik waktu malam, suites kami betul-betul menghadap Riverfront ni. Memang cantik sangat view malamnya.

Tempat pun strategik juga, tengah-tengah antara Ipoh dan Lost World, hakak rekemen tempat ni untuk korang stay if nak ke Tambun tu. Tapi kalau dapat Hotel Lost World lagi best, kami haritu tak dapat stay situ coz takde suites untuk family seramai kami heheee, so stay sini pun dah ok sangat dah.

Ini bukan entry review berbayar, sebab hakak dah cakap kat owner nanti hakak tolong dia review memandangkan dia bagi less sikit dan dorang suami isteri pun baik sopan santun walaupun bukan owner Melayu :), bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa tak gitu? hihi

Berminat nak stay sini boleh contact Ms. Jenny +60193575326

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

26 Comments on “Menginap di Kinta Riverfront Hotel & Apartment Ipoh Perak”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge