Kelas Belajar Mengaji Al-Quran Di Rumah

Assalam, alhamdulillah baru-baru ni hakak sekeluarga ada KKelas Belajar Mengaji Al-Quran Di Rumah, sekarang ni dah mudah sangat dah nak cari tutor yang boleh mengajar kita mengaji / tajwid dan macam-macam lagi, hakak baru juga sign up program mengaji di rumah ni, minggu lepas merupakan minggu pertama kami mengaji bersama Tutor.

Sesiap tunggu Tutor sampai.

Bukan apa, kalau ada tutor ni lebih bersemangat dan lebih baik bacaan coz ada yang memantau bacaan kita, sebutan kena betul, kalau tak betul boleh jadi makna lain, takut!. Sebab tu walaupun dah pernah khatam Al-Quran masih lagi dalam proses memperbetulkan bacaan dan tajwid, insyaALLAH semoga ALLAH permudahkan urusan pembelajaran kami, Aamiin.

“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tham-mim Bil Hairi”

Alhamdulillah Kelas Mengaji tadi dengan @alfaqeh_homequran Alhamdulillah Tutor Nina baik orangnya, mudah mesra, anak2 pun seronok ngaji. . . Yang abang (11yr) dah khatam sebelum ni, ni kali baca lagi tapi dah separuh Al-Quran. kita asah lagilah. . . Angah (10yr) jap tadi Khatam juga Alhamdulillah akhirnya. Next week Angah start baca dari mula semula lagi hehee, improve lagi tajwid. Jangan pernah jemu mengaji. . . Hakak jangan tanya, hakak last khatam 14-15 tahun yang lalu. Ya ALLAH… ? . . Fokus pada Irfan (5yr) pula Iqra, alhamdulillah Irfan kenal huruf mudah sikit untuknya. . . Yang adik tadi Haiqal (2yr), try juga…alhamdulillah boleh sikit tapi takleh lagilah nanti Tutor Nina pening hahahaha. . . Totally tadi kami enjoy. InsyaALLAH Next week pula. . . #alhamdulillah #kelasmengaji #tajwid #jomngaji #bukanriaksekadarperkongsian #nakajakkorangjugabendabaik

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Slide IG atas tu untuk nengok video kami ngaji 😛

Al-Quran ni hakak punya, Ya ALLAH suka sangat dengan Al-Quran ni, mudah untuk belajar tajwid, hakak beli di Instagram Datin Fiza. Anak-anak pun suka tapi takleh lah sebab dorang dah ada Al-Quran sendiri hahaha, keje nak berebut je dengan anak hehee.

Alhamdulillah sebenarnya kami dah khatam Al-Quran, tujuan buat home Quran ni untuk kami belajar lebih lagi, perbetulkan bacaan apa semua, lagipun kalau nak harap baca sendiri memang liat, sekurang-kurangnya bila ada kelas macam ni, seminggu sekali insyaALLAH baca Al-Quran ni, kalau tak asik handphone je ditangan kan? Ya ALLAH teruknya perangaiku 🙁

 

“Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang”.Q-S Ar-Ra’d ayat 28.

Bila hari-hari baca Al-Quran, terasa kekok bila tak baca, terasa ada yang kurang dalam hari tu, jadi sekurangnya ambil sedikit waktu selepas solat untuk membaca. Dengan membaca Al-Quran dapat menurunkan Stress, Dengki /  iri hati serta penyakit hati yang lain. Wallahu A’alam.

fix my heartNak tahu tak? dahulu pernah terdetik dalam hati, boleh ke Aku/Suami dapat mengajar anak mengaji Al-Quran?. Takut akan tanggungjawab ini kami tak boleh nak buat, dan alhamdulillah perlahan hari ke hari syukur anak-anak semakin membesar dan semakin mudah untuk mereka mempelajari bacaan Al-Quran, takut andai satu saat nanti anak membesar tanpa mengenal huruf dalam Al-Quran. Perasan mak-mak sangat hakak ni hehehe

InsyaALLAH sabtu ni pula kelas mengaji Al-Quran di Rumah. Tak sabarnya yeay!!

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

18 Comments on “Kelas Belajar Mengaji Al-Quran Di Rumah”

  1. Cara ada tutor gini mmg kena. Sbb kdg2 dah lama baca, dan x ada siapa betul chk, kdg2 salah bertahun tanpa kita sedar pun.

    Lagipun dah ada time yg kita allocate, jadi displin skit.

  2. Alhamdulillah..memang bagus ada kelas mengaji kat umah ni. Boleh sama2 gan anak belajar mengaji.
    Dulu pernah panggil ustazah dn ustaz dtg rumah tapi bila dah pindah ni dah tak buat lagi. Rasa rugi sgt tak leh belajar lagi.

  3. Alhamdulillah kak. Bagusnya ada tutor datang ke rumah. Saya pun nak cari guru mengaji di rumah. Guru Fardhu Ain camtu. Boleh ajar anak-anak saya sekali. InsyaAllah akak doakan saya dpt cari guru yang sesuai ya. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge