Cara Elak Rasa Malu Bila Jumpa Orang Pakai Baju Sama

Assalam, pernah tak korang terserempak dengan orang lain yang pakai baju sama dengan korang? ada rasa malu tak? hahahaha, okeh hakak nak share Cara Elak Rasa Malu Bila Jumpa Orang Pakai Baju Sama Dengan Kita, jadi takdelah gelabah nak menyorok time tu hahha.

 

Gelak je hakak menaip ni sebab hakak sendiri pun pernah 3x rasanya terserempak dengan orang pakai baju sama hahahah, kalau sama dengan geng kita takpe juga, ni sama dengan orang yang kita tak kenal, adehh…memasing berpandangan mata je, nak mengelak beselisih hahaha.

Terbaru hakak jumpa orang pakai baju sama macam hakak di Galeri Shah Alam, kali ni sama dengan adik kecik manis kat atas tu hehehe, sebijik sama warna, tapi kali ni takde rasa malu, rasa comel pulak hahahha sebab sama dengan budak comel tu, bolehlah pinjam sekejap ambik gambar, maklumler takde anak perempuan hahaha.

Baju yang hakak beli di Butik Jubahsouq tu memang takde jual yang versi untuk kanak-kanak, jadi hakak tanya parentsnya, beli dimana, katanya buat. wahhh tersama pula kan, sebijik sama, kain dan warna takde beza ehehhee cantik adik tu pakai.

Cara Elak Rasa Malu Bila Jumpa Orang Pakai Baju Sama Dengan Kita :-

baju sama

1. Tangkap Gambar Dan Upload

Buat macam hakak, ajak orang tersebut ambil gambar dan upload di Instagram heheee, manatahu lepas ni boleh jadi trend yang lebih cool kan? takde lah rasa malu kalau bertembung dengan orang memakai baju yang sama selepas ni.

  2.  Gayakan Dengan Aksesori

Selalunya bila baju kita terlalu ringkas, orang akan mudah perasan yang kita memakai baju sama dengan orang lain. Untuk mengelakkannya boleh tambah beads, lace atau aksesori lain (untuk wanita), sekarang ni dah macam-macam jenis aksesori boleh tambah kat pakaian kita.

  3.  Buat Tak Nampak

Yang ni rasanya memang ramai yang buat tak nampak bila terserempak dengan orang yang pakai baju sama dengan kita kan?, betul tak?. so buat tak nampak aje dan cepat-cepat blah hahah.

 4.  Cuba Berlagak Cool

Bila berjalan dengan rakan-rakan dan terjumpa orang sama baju dengan kita lantas rakan-rakan mentertawakan kita, senang aje cara nak elak, katanya bahawa ianya “trend baju macam ni” jadi tak berpanjangan gelak tawa dari rakan-rakan

Memang agak malu bila terjumpa dengan orang pakai baju sama ni, malu semalunya. lebih-lebih lagi kalau terjumpa orang yang pakai baju sama kat Majlis-majlis besar dan lagi meriah, malu oii mana nak sorok muka hahaha tak pepasal jadi tumpuan, jadi bolehlah cuba tips diatas tu manatahu sesuai dengan korang kan 🙂

 

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

28 Comments on “Cara Elak Rasa Malu Bila Jumpa Orang Pakai Baju Sama”

  1. Lelaki xde masalah kalau jumpa lelaki yang pakai baju sama…

    Tapi kalau dengan perempuan risau juga, walaupun warna sama tp corak berbeza pun orang dah chop cakap ada affair hahahah

  2. Heheh .. gelak CCL baca entri ini .. kalau tshirt sama pattern ,sama colour CCL boleh terima lagi . Pernah terjadi pada CCL baju kurung tersama pulak dengan orang lain haa … time tue tengah makan kenduri kot .hahaha ..rasa mcam nak lari jerr

    1. hehehe betul2 pun, even akak pun suka baju sama dengan family, cumanya bila dengan orang luar ni kalau tersama tu kdg malu juga. tapi tulah kena hadap juga, bukan kilang bapa kita yang buat baju tu khas utk kita kan hahaha. mak akak selalu cakap gini “tak nak sama, buka kilang kain sendiri, buat untuk diri sendiri”, itupun kalau takde yang tiru hehee
      yanmie recently posted..Cara Elak Rasa Malu Bila Jumpa Orang Pakai Baju SamaMy Profile

  3. Selalunya kalau jadi kes macam ni dalam satu majlis..kalau boleh elak mmg cuba elakkan, kalau dah duduk mmg tak bangun2 dah, kalau boleh mmg tak nak bertentang mata..tapi sentiasa curi2 tengok dgn harapan dia tak lalu sebelah kita…hahaha. Idaklah kalu nak bergambar sama..mau merah padam muka dibuatnya nanti..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge