Buat Passport Untuk Anak

Assalam, baru-baru ni hakak balik kampung, jadi ambil kesempatan terus untuk buat Passport, bukan apa hakak ni lahir di Sabah, jadi lebih baik dan mudah prosesnya bila hakak buat di Sabah, ini kerana Sabah mempunyai Akta undang-undang sendiri untuk Imigresen. Bukan tak boleh buat di Semenanjung ni, cuma prosesnya agak rumit, memakan masa lebih kurang 1-2 minggu juga coz Imigresen sini akan rujuk semula juga ke Sabah.

imigresen sandakan sabah

So dah balik ni kita buatlah terus, memandangkan dah ada hint-hint bigbos nak bawa kami bercuti “Oversea”, Oversea lah sangat kan HAHAHAHA, ala buat je dulu, nanti bebila nak pegi terus je beli tiket, big boss tu selalu sangat bagi kejutan, tau-tau suh booking percutian heheee

Kali ni hakak buat dengan anak-anak aje, big boss memang dah ada pasport dah biasa travel sana sini. Kami buat Passport pada raya ke 4 tak silap kat sini dah buka pejabat kerajaan. Mak Ayah pesan kalau kat Imigresen tu ramai orang masuk je dalam terus ambik nombor, tak lama juga, coz yang buat sesak tu orang warga asing yang nak renew permit/passport perjalanan dorang.

Memang betullah, tak ramai pun orang untuk kaunter buat passport Malaysia, hahaha ya ALLAH sukanya bila tak perlu menunggu lama hehee, memula hakak je dengan angah ni nak buat coz memandangkan lahir Sabah kan, tapi bila fikir-fikir balik big boss cakap buat semualah anak-anak ni, setelkan terus kot boleh budak lahir semenangjung buat sini dengan ibunya.

Alhamdulillah boleh, smooth aje prosesnya, pegawai yang bertugas pun baik sangat haihhh, susah jumpa pegawai kerajaan kat kaunter ni baik macam tu, ada tu selalu muka ketat-ketat hehee , thumbs up pegawai imigresen Sandakan.

passport malaysia untuk kanak kanak

Sanggup melayan karenah anak-anak hakak ni yang bising, tak duduk diam hahaha, paling mencabar bila yang kecik ni ambik gambar hahahahhaa, bape kali snap baru dapat, tak mahu pandang kamera lah, senyum lah, buat mulut senget adehh…last-last dapat juga lah snap tu pun gambar bahu senget sebelah hahahhaa aduhh bolehlah nak, sian acik tu banyak kali snap hehee

Ok kat sini hakak nak bagi Tips Buat Pasport Untuk Anak Di Negeri Sabah :-

  1. Surat beranak Asal
  2. Kad pengenalan Ibu/Ayah
  3. Salinan Surat beranak
  4. Salinan Kad pengenalan Ibu/Ayah
  5. Berbaju Gelap (Kot hitam ada disediakan juga)
  6. Duit RM 100

Memandangkan anak-anak hakak yang lagi 3 orang tu lahir di Semenanjung, tapi sebab hakak yang buat untuk dorang, hakak boleh memohon taraf kerakyatan Negeri Sabah, maksudnya bila besar nanti anak-anak yang lahir di Semenanjung boleh tinggal di Negeri Sabah lebih dari 2 minggu tanpa menggunakan kertas permit masuk Sabah. Cuma tunjukkan passport di kaunter Imigresen Airport dan tak perlu mengisi permit masuk macam yang sekarang big boss buat bila masuk Negeri Sabah, tak silap permit tu valid 2 minggu, lebih dari 2 minggu kena minta cop semula.

Tapi dengan status tersebut yang anak-anak dapat, mereka tak perlukan permit tu dah, bebas keluar masuk guna passport tu, tetapi ianya hanyalah status kerakyatan sahaja, bukannya terus jadi orang sabah, cuma dapat keistimewaan sebab ibu dorang lahir Sabah hehee dan ianya hanya untuk Imigresen aje.

Cuak wooo big boss bila anak-anak jadi orang sabah hahaha, sebenarnya keistimewaan untuk memasuki Negeri Sabah aje, bukan terus tukar IC kepala 12  tu hahaha. Saborrr jelerrr -..-“

Selesai bab buat passport, setelkan pembayaran dan tunggu dalam masa 1 jam Passport siap, yeayy!! cepat betul prosesnya bila buat di tempat sendiri ni, kalaulah buat kat sini, alamatnya tak bercuti-cuti lagilah oversea gini, coz selalu bila time nak buat fikir macam mana nak usung anak 4 orang yang tengah buas ni, pastu kena keluar awal pagi, imigresen plak jauh, kalau sampai sana pun sah-sah no dah hujung-hujung, belum bab anak cranky lagi nunggu lama haha, banyak faktor tau.

Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan kami di kampung hari tu, now semua dah berpassport, so kita nak kemana ni encik big boss heehhee.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

3 Replies to “Buat Passport Untuk Anak

    1. Ha’ah Mazni, Sabah dia ada akta sdiri macam JPN ke Imigresen ke dia ada akta sdiri. Mcm kat putrajaya dia ada kaunter Sabah. Memang tak campur mana yang melibatkan urusan disabah tapi buat disini, mereka akan rujuk ke Sabah dahulu. Macam imigresen pun sama, kena rujuk sana. Orang sabah masuk semenanjung xperlukan pas, tapi orang semenanjug masuk sabah perlukan pas yg akan diberikan oleh imigresen semasa memasuki sabah iaitu di Airport nanti ada kaunter imigresen. Ada kertas kena pulang balik masa nak keluar dari sabah, xsilap tempoh 2 mggu je. Suami kena sign pas (kertas) ni masa nak keluar sabah. Kami2 ni tak perlu 🙂

      Pasal beli rumah tu tak tahu pula
      yanmie recently posted..Buat Passport Untuk AnakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge