Resepi Oat Tomyam Sedap

Assalam, korang selalu makan oat buat macam mana? kalau hakak lebih suka Rolled Oat, masak kasik sedap-sedap takdelah rasa muak. hakak suka makan oat bila buat oat tomyam, merecikkk fuhhh!!, hakak bukanlah sejenis yang suka makan oat, hakak makan je kalau teringin hahhaha


Tapi dia punya teringin tu terus bantai beli 1 balang besar, gunanya sekali tu dalam 2-3 sudu hahahha, kalau cam ni kan tahanlah untuk setahun, tah ke lebih setahun hahaha, tamak beli yang besar!!


Tapi hakak tak suka makan oat gitu je, akak suka buat oat tomyam atau bubur oat perisa ayam/ikan bilis. pastu letaklah ikan bilis goreng bawang cili kat atasnya, perghh sodap huhuhu, tak leh sebut langsung terus teringin adehh hahaha.

Jadinya semalam hakak buat Oat Tomyam, Paste Tomyam buat sendiri 🙂

cara buat paste tomyam

Bahan-bahan untuk Paste Tomyam (Kisar)

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Serai
  4. Tomato
  5. Cili padi
  6. Cili besar
  7. Limau nipis (perah)

resepi paste tomyam

Ini yang dah siap di kisar

Cara Memasak

  1. Panaskan paste dalam periuk dan tambah air agak-agak banyaknya
  2. letak Oat 2-3 sudu, terpulang nak banyak mana sebenarnya
  3. letak garam
  4. Last tambahkan sayur kangkung
  5. Kacau segingga oat masak dan kelihatan seperti bubur nasi

Dah siap bolehlah angkat, boleh dimakan dengan taburan ikan bilis goreng bawang dan cili, pheww sedapnya!

Oat Tomyam, Paste homemade, rolled oat 3 sudu. #atkinsdietyanmie phase 3

A post shared by YANMIE (@yanmie) on


Segaja hakak tak letak memacam campuran dalam tomyam tu sebab takut nanti hilang rasa oat. lagipun orang diet kan mana boleh macam banyak-banyak hahaha, tapi serius buat simple macam ni je pun dah nikmat sangat dah, tak perlu dah ayam, isi udang bagai tu 😀

oat tomyam sedap

Nyumsss…petang ni repeat lagi menu ni hahahaha

Rupanya ada banyak resepi Oat kat Youtube, lepasni makin rajin lah makan Oat nampaknya, sebelang besar tu beli hahaha 😀

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

10 Replies to “Resepi Oat Tomyam Sedap

  1. Hahahah gila la… tak pernah terfikir nak masak macam nie…

    Saya, kalau Tom Yam… memang dengan nasi je.. xpun bihun.. kalau lelain.. macam susah nak lalu dekat tekak nie….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge