Masak Dengan Air Fryer Lebih Sihat

Assalam, hakak kan sejak-sejak on diet ni alhamdulillah dah tak masak yang bergoreng-goreng deep fry ni, hakak Masak Dengan Air Fryer Lebih Sihat, tak perlukan minyak, if letak minyak pun tak banyak, just spray atau titikkan minyak olive oil 1-2 titik dah memadai, hebat kan Air Fry ni ๐Ÿ˜€

air fryer philips

Hakak tak tahu pun memula kewujudan menatang ni, sampailah akak masuk grup Whatsapp Diet Atkins, ada kawan dalam tu share menu dia masak guna Air Fryer tak perlukan minyak, betul-betul menarik minat hakak, pastu hakak youtube lah pasal Air Fryer ni, cari mana yang the best Air Fryer.

Hasil review terbaik hakak terjumpa pasal Air Fryer Philips ni, memang betul lah best sangat guna ni, ada kawan komen di Instagram hakak cakap beza sangat dengan Air Fryernya brand Tefal, ada pengacau, bila masak ikan kesian ikan tu abis hancur. Kalau guna Philips ni ok tau, perfect!!

bahan perap ayam bakar

Perap-perap ayam untuk menu #atkinsdietyanmie

Bahan atas tu campur-campur je semua, letak olive oil 1-2 titik aje, caya tak?? nah nasilnya kat bawah, serius perfect!! sedap, juicy adoiii hari-hari makan macam ni tak jemu hihihi

ayam bakar airfryer

Terliur tak? serius cakap sedapp…dapp…dappp, memang berjasa Air Fryer ni, healthy menu-menu kami kat rumah ni, nak tahu minyak masak 1 botol besar tu dah berbulan-bulan, lama gila tak beli minyak masak hahaha, Olive Oil untuk #atkinsdietyanmie pun jimat tak guna banyak heheee

ayam bakar

Tengok tulang ayam tu, sekali tarik je tulang terkeluar dari isi, betul-betul empuk lembut, juicy lagi tau. Makan bertambah-tambah cenggini hihihi.

flaxseeds airfryer

Masak Wrap Flaxseed pun guna air fryer aje, Microwave dalma simpanan malas keluarkan hihi, jap je masak guna Air fryer ni 5 minit je.

sayur terung

Goreng sayur terung kat Air Fryer, tak perlu minyak

IKAN BILIS AIR FRYER

Ikan bilis goreng Air Fryer, langsung tak guna minyak, crunchy sodaapp

Macam-macam lagi dah masak guna Air Fryer ni, pendek kata memang berjasa sungguh Air Fryer ni, healthy sangat, hakak cadang memana yang pilih untuk lebih healthy/diet make sure kena grab ni 1 tau. serius tak nyesal.

Nak goreng karipap frozen, kentang, ayam frozen semua boleh, minyak tak peru pun, sebijik jadi macam makan kat fast food punya heee, minyak2 dari makanan tu yang keluar, jadi kering, kira minyak tu Air Fryer tu dry kan.

Masak ikan pun boleh, serba serbi boleh. daging salai pun boleh

Best kan?? must grab okeh, brand lain hakak tak tahu, tapi hakak rekemen yang ni, harga RM1299, tapi haritu sale hakak beli RM899. Ini bukan entry sponsered, ini entry sharing untuk reader blog ni supaya ramai yang buat meal healthy lepas baca blog ni hihi.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

14 Comments on “Masak Dengan Air Fryer Lebih Sihat”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge