Japanese Village Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang

Assalam, kan baru ni kami jenjalan ke Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang kan? selainย Colmar Tropical Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahangย tu, 1 lagi tempat yang menarik kat sana iaituย Japanese Village juga merupakan tempat tumpuan pelancong dan orang ramai. Tapi mak datuk semput nak naik atas hahaha

japanese village bukit tinggi pahang

Japanse Village Bukit Tinggi Pahang ini berkonsepkan Kawasan Perkampungan Jepun yang mana ianya pertama dan satu-satunya di dunia yang wujud di luar kawasan Jepun iaitu di Bukit Tinggi Pahang, kagum dan bangga kan??

Kami kesini menaiki Shuttle Bas dari Colmar Tropical, mengambil masa lebih kurang 10 minit macam tu, nasib baik encik suami tanya pemandu shuttle tu samada boleh naik kereta terus keatas ke atau tak, dan pemandu shuttle tu cakap better naik shuttle bas sebab kat atas tu susah sangat nak dapat parking. Dan nasib baiklah kami naik shuttle bus kalau tak jenuh encik laki cari parking, memang susah dah limited. tengok orang cari parking pusing2 mencari hahaha, so korang better naik shuttle bus aje okey dari Colmar Tropical tu. pergi tempat sekitarnya pun ada shuttle bus juga, jangan risau ๐Ÿ™‚

japanese village bukit tinggi

Sebelum sampai atas ni kena naik tangga dulu, tudiaa tingginya tangga dengan ramai orang lagi hahaha, nak memanjat bukit dari bawah tu pun boleh tapi mau patah kaki hahaha, yang naik tangga tu pun bila sampai atas dia punya mengah kemain lagi hahaha, macam-macam ragam tau.

japanese village

Hakak nak bagitau ni, sebaiknya takyah lah bawa mak pak kita yang dah berumur yang tak larat berjalan tu naik gi sini, kesian tau banyak stamina nak guna mendaki dan turun bukit tu, belum lagi naik tangga/turun tangga. Pastu jangan berangan nak pakai high heel gi sini hahaha, ada yang berkaki ayam kang kat sini kikiki.

japanese village

Rehat duduk-duduk kejap, berlatar belakangkan tumbuhan hijau, dan air terjun kecil haha tak tau nak panggil apa

japanese village

Tu ha air belakang tu panggil apa ye? air terjun ke? hahaha kecik je rendah tu ๐Ÿ˜€

japanese village

Alaaa nampak gemuk pula kat pic ni hahaha (memang gemuk pun tak sedar diri) hahaha

japanese village

Kekekeke nak lah juga tepek gambar sendiri hahaha, ingat nak sewa custom baju kimono tapi takut takde size hahaha kbaiii, if nak sewa bebaju tu RM20 aje kena bayar, pi lah merata dalam ni bergambar dengan kimono tu ๐Ÿ™‚

yanmie

Gambar by photographer, hakak ambik 2 keychain dan 1keping gambar size 5R, total RM40

japanese village

Tengok jalan nak balik ni sedikit curam, kami tak pilih turun tangga, sebab penat kot gigil lutut tak hilang lagi, so pilih turun sampai kebawah dengan berjalan. sekali amik ko langsung takde brek, laju je turun hahaha. takut risau anak tergolek je kebawah, dah lah kat bawah tu ngam-ngam jalan untuk menunggu shuttle bas dan kereta-kereta parking.

Tapi hakak kesian dengan sorang makcik tu dah separuh jalan , sikit lagi nak sampai bawah, memang curam nak turun tu, makcik tu pula jalan macam dah tak boleh nak brek, tak larat pun sama, dah berdiri je dengan anak dia kot memikir nak turun macam mana, nak turun curam bahaya dengan orang tua tu, nak naik lagilah jenuh memanjat, jadi hakak hakak yang nak bawa mak ayah yang berusia kesini fikir banyak kali ye, kita yang muda ni pun gigil lutut, yang tua-tua ni lagi lah.

Lepas dari sini kami naik shuttle bas semula ke Colmar Tropical, kereta parking disana, waktu pun dah nak petang jadi kami turun dulu, makan tenghari pun tak lagi tu hahhaha, tak jumpa kedai makan, kalau waktu panjang lagi teringin juga nak bawa budak-budak ni gi animal park, tapi risau plak dah masuk tu tak mahu balik hahaha, biasa dorang gitu tau, pernah gi Zoon Negara dulu macam tu ler tak mahu balik, suka betul nengok menatang semua tu.

Gambar tak banyak coz hakak record video masa kat sini, Ok nanti sambung, banyak hakak nak hapdate ni, gambar terlampau banyak, kat blog ni jeler kita abadikan, cewaaahh gitu ๐Ÿ˜€

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

24 Replies to “Japanese Village Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang

  1. Cantiknya pemandangan dia. Hijau je. Selalu lalu je Bukit Tinggi tapi belum berkesempatan ‘explore’kawasan situ. InshaAllah, bkleh masuk dalam wishlish percutian nanti. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge