Bestnya Bersenam Dengan Treadmill

Assalam, hakak kan on diet, alhamdulillah dah 4 bulan dengan #atkinsdietyanmie, bila cakap nak diet nak sihat nak kecikkan badan, encik suami sangat menyokong begitu juga dengan anak-anak alhamdulillah, dorang pun semangat ibu mengecik tak macam dulu asik-asiklah mengah, sakit kaki, sakit lutut, macam-macamlah sakit ni, sedih betul muda-muda lagi dah macam-macam penyakit (muda ke? hahaha)

treadmill murah

Bulan ke 2 hakak on diet dan bersenam baru hakak ambil keputusan untuk beli Treadmill, bulan pertama tu hakak senam buka youtube aje di TV, buat zumba tapi tak tahan lah terkinja-kinja depan anak-anak, dorang suka gelakkan suka cakap step ibu tak sama dengan dalam youtube hahaha. Tension okeh!

Nampaknya bulan pertama ada perubahan, semangat kemain lagi, lepas tu masuk bulan ke 2 cakap kat encik suami yang hakak nak beli Treadmill, alhamdulillah dapat green light. maka belilah Treadmill. Taklah murah sangat dan tak lah mahal sangat, kira harga mampu miliklah.

treadmill murah malaysia

Hakak beli di Lazada aje, hakak tak beli di kedai-kedai besar tu, hakak takut beli mahal-mahal yang advance kang tak terguna coz terlampau advance kan?, jadi akak beli yang bersesuaian dengan akak je, ada 12 program tu pun hakak guna program 1 aje hahaha tak larat nak kejar lari.

kasut sukan running

Tapi hakak lebih suka buat Manual, tentukan sendiri kelajuan yang kita nak, bila masa nak berjalan, berjogging dan berlari. ikut kemampuan, kalau program ni hakak pancit, kang time-time nak rest penat time tu kena lari laju hahaha, mau terjatuh kat treadmill tu.

Dan Treadmill hakak beli ni boleh incline 3x, dan hakak senam memang akak guna incline tahap 3 (mendaki/memanjata) dalam mode berjalan/berlari/berjogging.

Tengok video hakak bersenam kat atas tu 😛

Hakak cadangkan korang kalau nak beli biar serius nak guna sebab barang besarkan lepas tu dah beli kenalah guna takkan nak biar berhabuk. duit tu buat beli bukan guna daun hehee, senam-senam badan sihat kan…kan…

Disamping itu juga hakak buat senaman lain selain berlari di Treadmill ni, hakak buat juga Squat, Plank, Lunges, Sit Up dan Jumping Jack

Seisi keluarga boleh guna, memula tu masing-masing tunggu giliran hahhaa kelakar pula, dah lama-lama tu anak-anak dah bosan, ibu sorang je berlari kat Treadmill ni, tapi kengkadang budak kecik 2 orang ni kalau kena angin dia, nak bersenam tak berenti, apa nak dikuruskan lagi tak tahu -..-“

Alhamdulillah seronok bila apa yang kita buat membuahkan hasil, semoga terus Istiqomah, Aamiin.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

13 Replies to “Bestnya Bersenam Dengan Treadmill

      1. Akak dah lama kot berblogging. Taring tu mesti ada. Hehe
        .
        Biasa orang kalau buat blog masuk setahun 2 dah masuk angin
        .
        Akak pula masuk duit
        .
        Kih kih kih

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge