Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie

yanmie

Assalam, lama blog tak update lama tu jugalah happy manjang sampai lupa nak jaga pemakanan, jaga berat badan kehkehkeh, ni barulah orang kata kembali ke pangkal jalan hehee, alhamdulillah dah sedar diri semakin menggemuk, mula lah cuak nengok no kat penimbang, buat-buat nangis pun ada, takut..seram..seram takut penimbang pecah kalau naik hahaha.

berat turun denga atkins

Turun 8.4kg selama 70 hari, babai kepala 8, hai kepala 7 😀

Ya ALLAH berat gila, balik dari bercuti di Kota Kinabalu baru sedar yang diri semakin membesar bagaikan dipam-pam, serius sedih gila, so ambil keputusan untuk buat diet, Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie kenapa pilih atkins diet? sebab Diet Kalori pernah buat tapi menakutkan sebab berat naik, susah nak turun, so try Atkins alhamdulillah serasi dengan badan dan gaya hidup.

before diet

sebelum diet, 88.2KG HAHAHAHA, BERAT NANANG!!

Alhamdulillah 2 bulan lebih buat atkins, banyak perubahan yang dapat dilihat, keluarga dah mula menegur kata badan mengecil, montot tak besar macam dulu HAHAHA, kalau tak lentik semacam aje okeh malu, down sangat huhuhuu.

Bermula dengan berat 88.2KG saat itu memang struggle gila nak mula Atkins, hari pertama tipulah kata kalau tak lapar, menggigil pun ada okeh, mana taknya ko dah biasa makan nasi minum manis2 tetiba ko kena cut semua tu, boleh ambil hanya bawah 20gm carbs aje untuk 1st inducion. so sah2 lah tak boleh ambik nasi dan air manis, tapi demi nak jaga kesihatan ku tabahkan jua.

hari ke 2 dan ke 3 buat atkins diet ada sedikit sakit kepala, tapi lama-lama ok, mungkin tindak balas dari cara diet tersebut, hari ke empat dan seterusnya alhamdulillah dah boleh adapt dengan diet ni, alhamdulillah takde teringin nasi ke apa2 yang mengarut hehee, alhamdulillah sehingga kini dah boleh tinggalkan nasi ataupun air manis, ya ALLAH macam tak sangkanya hahhaa, ada jugalah cheat tapi bukan cheat day, tapi cheat meal, keadaan tidak mengizinkan waktu tu so kena up ke fasa 3/4 untuk hari tersebut. rugilah nak cheat, makanan diet dah lah mahal, penat lelah sia2 je huhuhu, so tak mahu cheat day!.

Berat turun agak perlahan tapi tu pun dah puas hati sebab inchloss banyak, jubah2 2 tahun lepas dah boleh pakai balik, hahaha happy betul tau bila kau try baju lama-lama banyak yang dah muat, perasan kejap dan selim melim kikikiki. berat kita lambat turun sebab ambil Family Planning (Implan) so memang tak heran kenapa lambat, tapi takpe janji inchloss banyak, itu yang kita nak hihihi.

yanmie

Try seluar jeans, dah ada muatlah hahaha, tapi tak belipun 😛

Dalam pada masa 2 bulan lebih ni, saya berjaya turun berat sebanyak 8.4kg, alhamdulillah, Size baju dari XXL ke XL/L mana tak happy hehhe, dah boleh pakai seluar juga, dulu memang takleh, frust je manjang, asal sarung seluar je mesti sekat kat peha hahahha, sadissss tau!

restoran upin ipin

Semoga terus istiqomah insyaALLAH, fokus utamanya nak sihat, dapat kecikkan badan tu 1 bonus, bukan apa bila dah badan besar ni kerap2 sakit kaki, bangun pagi pijak lantai sakit tumit, ya ALLAH takut jadinya, pastu jejari ni pun problem, jadi Finger Snap, sakit tau. kita tau semua ni penyebabnya adalah obesiti. Takut!!!

Korang jomlah jaga kesihatan, serik rasa berbadan besar ni, semua jadi malas, semua jadi sakit. Kita nak jaga anak-anak dan suami so kita kena sihat, kita tak boleh sakit, kita cuba buat yang terbaik. jangan give up okey, jom pimpin tangan sesama menuju puncak, eh!! hehehe

treadmill yanmie

Workout jangan pernah skip, kita untuk bulan pertama tu hari2 workput pagi petang tak skip pun, masuk bukan ke 2 takdelah hari2, tapi seminggu 5 kali tu memang tak miss lah, kita workout merecik2 peluh sebab tu inchloss banyak berbanding berat, so workout jangan malas, apa pun 70% pemakanan 30% senaman. tak senam macam mana badan nak fit, menggelebeh aje nanti, so workout okeh, seminggu 3 kali pun dah ok sangat, dulu malas senam, dah diet ni cam rugi je kalau tak senam hehee

instagram yanmie

nak tau menu #atkinsdietyanmie ? boleh follow IG kita kat atas tu 😀

Oklah nanti sambung lain, banyak menu diet kita nak share ni, korang yang tak mau diet tu mesti nak diet tengok  menu sedap kita tu hahhaa. ok bai ^_^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

8 Replies to “Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie

  1. Bila yan bagitau pasal sakit kaki waktu pagi bila jejak ke lantai terus teringat diri ini pun begitu sekarang.

    Bila tengok cermin memang sedih dengan badan sekarang. Entahlah bagaimana dan bila nak mula diet dan senam pun tak tahu.
    Semoga dalam masa terdekat ini sebelum mula jahit baju raya sendiri, senang nak ambil ukuran slim atau tidak…hehe
    Ejam Othman recently posted..Cerita Cuti CNY.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge