resepi pizza maggi

Assalam, Selamat berpuasa diucapkan untuk semua reader blog ni, maaf agak sibuk sikit ehheee, baru sempat nak on laptop. macam mana puasa korang? InsyaALLAH semoga kita diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, dan alhamdulillah Aiman dan Haziq juga setakat ini masih berpuasa penuh. Kipidappp anak-anak, ibu kasik thumbs up 😀

restoran legoland hotel

Budak kembar lain tahun ni je tak puasa 😛

Setakat ini saya tak jejak lagi Pasar Ramadan, waaaa cayalah hahaha, keinginan nak beli makanan diluarpun tak berapa nak ada, kali ni lebih suka masak dan sediakan sendiri juadah berbuka untuk suami dan anak-anak, alhamdulillah dorang pun takde komplen-komplen, takde minta-minta menu apa nak makan waktu berbuka.

Oklah nak cerita Pizza Maggi aje pun, dia punya intro punyalah panjang HAHAHAHAHHAA, baru-baru ini saya ada buat Pizza Maggi, lama kot tak buat, menu setahun sekali buat iaitu time puasa hehehee, main agak-agak aje nak letak bahan apa, yang penting asasnya dah tahu.

resepi pizza maggi

Nak ke Resepi Pizza Maggi tu? meh lah nak share, duu-dulu pun penah share juga, tak apa kita ulang tayang hihihi

Resepi Pizza Maggi

1. Maggi 2 paket

2. Telur 2 biji (Size besar)

3. Sayur Campur (Carrot, jagung, kacang peas)

4. Udang buang kulit

5. minyak untuk menumis

6. Bawang merah hiris nipis

7. Sos cili, Mayonis, Cheezay cheese

Cara Memasak

1. celur maggi dan toskan, telur 2 biji tadi pecahkan dan kacau-kacau

2. tumis bawang merah, masukkan sayur campur dan udang. agak-agak masak baru masukkan perencah maggi

3. angkat bahan tumis tadi dan campurkan bersama maggi dan telur, kacau-kacau sampai sebati

4. panaskan kuali, letak mintak sedikit sahaja dan tuangkan semua bahan tadi, masaklah macam masak telur dadar

5. balik-balikkan dan siap untuk dihidang

6. angkat dan potong siap-siap, kemudian bolehlah letak Sos cili, Mayonis, Cheezay cheese

7. Siap!, tunggu berbuka baru ngaappp!

Senang je kan?, anak sampai tak cam saya masak maggi hahahhahaa, dorang tanya apa ni ibu? sedapnya, ibu juallah online hahahhaa, kalau dah maknye otak bisneskan, apa yang anak nampak semua suruh jual hehehe.

resepi pizza maggi

dah suruh jual tu maknanya SEDAAAAPPPP laahhh kan?? hahahahaha.

Ok korang, selamat mencuba ^_^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “Pizza Maggi”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge