Bestnya Bercuti Di Legoland, Saya Rekemen! (Part 1)

Assalammualaikum, baru-baru ni cuti sekolah En.suami bawa kami bercuti, tak jauh dalam Malaysia je, tetiba dapat mesej di WhatsApp “Pilih salah satu tempat di Malaysia untuk bercuti” waaaahhh hati berbunga-bunga ok dapat whatsapp macaam ni, silalah buat selalu En.Suami, kita tau awak baca kot entry ni HAHAHA. Maceehh bawa kami cuti-cuti Malaysia ^_^.

Legoland Johor Bahru Malaysia

Musim panas ni, tu ha Angah berlindung di balik stroller adik hahaa tapi ibu nak juga ada pic depan ni 😀

Setelah bagi hint pada anak-anak tanya mana tempat nak pegi kalau ayah bawa bercuti?, sudah pastinya Legoland, lama dah lah dorang teringin nak pergi sana cumanya belum ada masa sesuai. Kali ni alhamdulillah dapat juga pegi sana, seronok tengok dorang happy.

hotel legoland malaysia

Kami menginap di Hotel Legoland 3 hari 2 malam, saya tempah online je tu pun nasib-nasib ada kosong lagi tapi yang mahal punya huahua. Kami memilih Premium Kingdom Theme. boleh tahan biliknya cantikkkkkkkkk!!, tapi tak besar mana pun,  duk bayang kalau yang bukan premium agaknya besar mana, tapi bilik ni best view menghadap theme park, hahahaa layan gambar dulu laaa.

hotel legoland nusajaya johor bahru

Simple jelah bebudak ni pakai selipar aje heheee

Kami gerak dah lewat petang, so sampai kat hotel pun agak lewatlah juga, pukul 10pm lebih baru kami check in hotel, sebelum tu dah telefon hotel bagitau sampai lambat, so korang kalau pegi sini then terlambat ke apa ke make sure bagitau dorang kalau tak nanti booking cancel tau, penat je datang dari jauh kan.

cek in hotel legoland

Silakan buat macam rumah sendiri hahahaha, adikkkkk….. siap makan Pringles tu

bilik hotel legoland

Okey dah cek in, jom masuk nengok bilik 😀

premium kingdom themed legoland hotel

Ini bilik Mak Pak dorang, hahaha cun gila biliknya semua pun lego

bilik premium kingdom

Ini bilik anak-anak, untuk Baby Haiqal kami request Playpen hihihi

bilik legoland

yang kecik ni pun tak duduk diam hahhahaa

treasure hunt bilik hotel legoland

Kat dalam box tu ada soalan, kalau dapat jawab dapat hadiah kat dalam tu, gigih cari jawapan dan berjaya jawab, dapatlah hadiah 2 ketul dalam tu, pedang dan perisai hahhaa, yang akhirnya menjadi milik Alang Irfan hahaa

bilik hotel kingdom legoland

Ibu perati je korang nak hahahhaa!

hotel menarik di johor

Ko dah kenapa abang? hahahahah suka pula tengok gambar ni

legoland hotel view

cuaca panas kat luar, so lepak bilik ajelah time ni, tak lama tu semua pun tertido hahaha

view bilik legoland

Abang buat robot lego haha, dalam bilik ni dah ada 1 box lego untuk anak-anak main, yang kecik sekali tu dah macam sawan lego pun ye hahhaha, tak sangka dia suka dengan lego 😀

Gambar atas tu antara gambar dalam bilik yang sempat saya snap, pada saya bilik ni sangat cantik, anak-anak happy sepanjang berada dalam ni, tidur pun nyenyak gila kau hahhaa. bilik mandi cantik semua pun lego. tak ingat lahai nak snap-snap ni, mana yang sempat je, kita datang nak happy2 kan hihihi.

Sebenarnya penginapan kami 3 hari 2 malam saja, pukul 11am kena check out dah, tapi En.Suami kata tak yah dulu lah, stay sampai petang, so kena add lagilah duit untuk halfday hahahhaa.

Ada yang tanya dan minta saya update pasal bilik hotel yang kami duduk ni, katanya plan nak bercuti kesini, pada saya costnya mahal hahahhaa, dah macam pegi cuti ke luar negara, tah ke luar negara lagi murah dari percutian kami ni, nak detail PM saya ya 😀

Tapinya kalau nak percutian bajet boleh je survey hotel luar, ada banyak hotel di kawasan nusajaya ni, belambak. tapi booking dulu sesiap sebab tempat macam ni selalunya full je.

haiqal

Ok nanti sambung Part ke 2, penat menaip kena kacau ngan Baby Haiqal hahaha,  😀

~ Mood mengupdate sudah mari yeay!

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

21 Comments on “Bestnya Bercuti Di Legoland, Saya Rekemen! (Part 1)”

    1. Bagi yan kalau nak bawa anak kesini sebaiknya anak yang dah pandai main. Sebab semua games pun kena guna ukuran anak. Irfan sampai frust meraung2 tak dapat main dengan abang2. Sdhnya dpt naik menara dgn playground aje sebab tak cukup ketinggian walaupun dia umur 4 tahun hahahahahaha. Plus membazir kot bawa anak kecik. Sorang RM180. Tapi masuk dlm xmain apa. Jadi tunggu dorang besar sikit baru bawa pegi. Barulah berbaloi2 dorang pun boleh main sekali.

      Bukan ip6 plus, ip6s aje hehehe..xmampu lagi guna plus ????
      yanmie recently posted..Bestnya Bercuti Di Legoland, Saya Rekemen! (Part 1)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge