Rosabelle Koleksi Terbaru Dari Corelle

harga pinggan corelle

Salam, baru sempat update blog punyalah busykan, ampun…ampun heheee. ok nak cerita je baru-baru ni yang Corelle baru je melancarkan Koleksi Terbaru Dari Corelle pada 10 Jun 2015, “Rosabelle” dalam bahasa Perancis bermaksud Bunga Ros Yang Cantik, memang cantik, seindah namanya. dan serius cakap saya sebelum ni tak pernah ada set hidangan pinggan mangkuk segala bagai dari Corelle ni, kesian betul hahaha.

harga pinggan corelle

Alhamdulillah baru-baru ni dapat jugalah merasa berpinggan mangkuk dari Corelle ni, dapat pula koleksi terbaru hidangan dari Corelle memang syiokkk!!.yelah sapa tak suka kan, jenama unggul 45 tahun tu, jenama lama..mak-mak kita mesti banyak koleksi macam ni.

1st time dapat tu belek tak habis-habis, maklumlah orang perempuan kan mesti suka set-set macam ni, tu yang banyak kes buat hiasan je dari digunakan huahuahua.

Tapi saya tak macam tu, saya memang guna jenis dapat je terus guna hehee, 1st impression dapat “Waaahhhhh comelnyaa…ringannya…cantiknya…” eiii semua ada…geram je rasa nak grab lagi bagi full set heheee, tengah tahan nafsu ni -..-” hihihi.

pinggan mangkuk corelle 2

Bukan apa, saya jenis suka presentation tau, masak tu kalau boleh nak hidang macam Masterchef gitu, masak tak sedap pun jadi sedap hahaha, serius cakap, 1st impression tu penting.

pinggan mangkuk corelle 1

corningware

pinggan corelle

Baru-baru ni buat nasi hujan panas, guna pula set hidangan Corelle ni memang bertambah-tambah selera hero-hero kat rumah ni, dapat makan sedap, dapat presentation yang super cute, saya suka pinggan mangkuk warna putih, nampak suci murni gitu hihihi.

Oh ya,  yang membuatkan saya nak menabung beli Corelle ni nak tau apa? meh nak listkan :-

  • Cantik, serius cakap…cantik…cantik..cantik…hihihi
  • Ringan dan nipis, Ya Rabbi ringan betul pinggan ni tau…hahahhaaa suka sangat plus nipis.
  • Tahan lasak dan tahan panas, mula-mula takut juga tau nak letak sup-sup panas ni hahahhaa, takut retak mangkuk tu, sekali try…mak datuk hebatnya tak retak atau pecah pun hahhaa, eeiii suka tau!
  • Nak basuh pun senang, biasa pinggan mangkuk kalau ada kunyit dia lekat kan, ni tak..bersih je time basuh tu, puas hati

Aduhaiii…tergoda tak? saya dah tergoda ni untuk grab full set atau design lain, saya dah intai-intai di Jusco Bukit Tinggi Klang tu hahaha, tunggu members day card je, bolehlah rembat sekotak dua set hidangan Corelle ni hihihi.

Jom korang kalau nak cuci mata ke, nak beli ke jom terjah World Kitchen Malaysia ye. nak beli terus pun boleh terus ke Jusco tau, lagi banyak pilihan depan mata yeehhooo…selamat bershopping ya.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

23 Replies to “Rosabelle Koleksi Terbaru Dari Corelle

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge