Belacan Sedap Di Kuala Perlis

Salam, kami ni boleh kata memang penggemar belacan kuala perlis, tak silap namanya DJ Belacan. Tekak ni kalau buat belacan guna belacan lain mesti tak berapa nak masuk tekak, macam busuk je bau belacan yang dibeli dari tempat lain tu. Tapi kalau dah siap dibuat sambal belacan contohnya di kedai makan tak pula bau hahahaha. Pelik kan???

image

Stock belacan kat rumah ni mesti dari Kuala Perlis, dah macam syurga belacan kot kat Kuala Perlis ni, kedai belacannya sebelah menyebelah je, ramai betul meniaga belacan kat sini, mungkin sebab duk di tepi laut kot.

image

Syiokkk lalu tepi laut ^_^

Biasanya kalau balik ke Kedah, kami mesti singgah beli belacan di Kuala Perlis tu, macam saya cakap tadi, suka ke kedai DJ Belacan tu, sebab dah biasa ke kedai tu, plus belacan-belacan kuala perlis ni sedap, fresh gitu, bau pun sodaappp. Ataupun kalau mertua balik kedah, mesti singgah kuala perlis beli belacan untuk anak menantu. Biasanya kami beli memang banyak, stock berbulan-bulan, belacan pun tahan lama tak busuk, janji simpan dalam peti sejuk. Kalau stock belacan habis memang tak beli belacan kat tempat lain. Pernah beli kat nsk, dia punya bau tak boleh nak terima hahahaha.

image

Saya sempat melihat proses pembuatan Belacan tersebut. Masa datang ke kedai ni, dorang baru buat Belacan tu, kagum tengok semangat dorang berkerjasama menghasilkan belacan ni. Walaupun guna tenaga sepenuhnya, dorang sangat pantas dan cekap, kejap je siap. Seronok pulak tengok orang buat belacan ni.

Oklah dah alang-alang tu cerita pasal belacan ni, jom saya recap semula resepi sambal belacan sedap, ni kalau makan dengan nasi panas-panas memang tak pandang belakang hahahaha, nasi pun bertambah-tambah.

image

Bahan-bahan :-

* Belacan agak-agaklah ye
* Bawang Merah setengah ulas
* Cili padi ikut suka hati banyak mana
* Garam sikit
* Gula sikit
* Air asam/limau

image

Cara Menyediakan

Goreng bawang, belacan dan cili padi hingga naik bau dan bawang tu nampak lembik sikit. Angkat dan tumbuk, sambil tu masukkan garam dan gula tumbuk hingga lumat, tambahkan air asam dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya. Dan Sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panas phew~

Hoiii terliur nengok gambar sambal belacan hahahahaha. Stop dululah…lambat lagi nak habis pantang ni sob…sob…

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

28 Comments on “Belacan Sedap Di Kuala Perlis”

  1. Belacan Perlis memang favourite kami sekeluarga walaupun saya asal dari Pulau Pinang.

    Ada yang pernah cuba beli belacan dari Tanjung Dawai, Merbok di Kedah?

    Semalam baru dapat tahu dari sepupu suami…katanya belacan d sana pun sedap. Teringin nak cuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge