Seronoknya Shopping Di Padang Besar, Perlis

Salam, hari tu kami balik kedah, sebelum tu singgah dulu bercuti-cuti Malaysia di Penang, lepas tu baru balik Kedah. Dah alang-alang sampai ke utara ni, apa lagi plan pun kena baik punya. Bukan selalu sampai ke Utara ni, jadinya sehari sebelum balik Klang, kami Shopping Di Padang Besar, Perlis dulu, nasiblah sekali ajak je En.Suami sudi bawa shopping ke sana, bahagianyalah rasa hahahha.

padang besar perlis

Sebelum pergi tu dah cakap awal-awal nak shopping barang kat sana, tak maulah cuci mata je, boleh sakit hati rasa kalau dah sampai tapi tak shopping kan..heheee, shopping tu terapi untuk orang perempuan, setuju tak ladies??

arked niaga padang besar thailand

Ala bukan saya je shopping pun, hah ko En.Suami pun terjebak sama shopping barang-barangnya heheee. anak-anak takde apa sangat pun, cuma belikan mainan yang diorang nak aje, mainan takpe berlambak ada ha kat mana-mana pun, disini kita nak shopping barang yang jauh lebih murah dari tempat lain…nak tau ke?? hahaha tak yah lah ye hihihi.

padang besar perlis

Ini merupakan kali ke 2 kami sampai ke Padang Besar Perlis ni, kali pertama masa tu Si Abang kecik lagi, lama gila kan? time tu tak ingat Angah dah ada ke belum..betul-betul lama ni hahaha sampaikan tak ingat bila last tu. tapi ke Perlisnya memang tiap kali kalau balik Kedah, cuma ke Padang Besar ni je baru 2 kali.

arked padang besar perlis

Kami sampai awal jadi waktu ni kedai-kedai baru buka

arked padang besar thailand

Pusing punya pusing, pengunjung makin ramai

arked padang besar thailand

hoiii meriah, takleh lepak lama, kesian kat En.Suami kang hhaahhaa

Tapi takde apa yang berubahnya, still sama kot meriah dan padat dengan pengunjung, barang pun takdelah murah mana, kena pandai tawar menawar barulah dapat harga murah, kalau tanya gitu-gitu je hah dapatlah harga lagi mahal dari tempat lain, so cakap kena pandai punya. plus kalau cakap loghat utara ke dapatlah harga murah, macam saya memang tak cakaplah loghat utara tu…tak reti walaupun En.Suami orang kedah heheeee. Tapi skill tawar menawar tu baik punya kekeke.

padang besar thailand

Rambang mata hoii nengok kekacang ni, saya beli banyaklah juga, lepas tu saya sorang je perabis sebab hero-hero semuanya kurang minat makan hahaha.

padang besar barang murah

Bakul Kraftangan, murah je tapi tak teringin pula, dah balik baru rasa macam nyesal hahaa, biasa gitu tau!!

anak-anak yanmie

Sementara nunggu En.Suami letak barang hasil shoppingan dalam kereta, sebab nak buat 2nd round lagi hehee

anak-anak

Alang…nak tunjuk tu elok sikitlaaa -..-“

Walaupun tak besar mana, tapi lenguh kaki lah juga berjalan sana sini, maklumlah tengah sarat mengandung kan, jadi pergerakan tu cepat sangat letihnya. last-last time part saya dah setel shopping tu, En.Suami pula sambung shopping, kami tunggu dalam kereta jelah, taklarat nak pikul barang sambil berjalan. so tunggu En.Suami dalam kereta sambil makan-makan jajan yang dibeli dari Arked Padang Besar tu.

Puas hati rasa dapat apa yang dihajatkan, syukur sangat punya suami yang sangat baik dan memahami…eh..terpuji kat sini muehehe.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

23 Replies to “Seronoknya Shopping Di Padang Besar, Perlis

  1. Salam sejahtera..
    Perkenakan saya Yola Tour Operator di PT PESONA JEJAK WISATA T&T BUKITTINGGI.
    saya ingin menarwarkan Pakej Percutian Padang – Bukittinggi dan tempat tempat menarik lainnya di Sumatara Barat atau Indonesia dengan harga yang menarik.untuk informasi Silahkan hubungi kami di
    Whatsapp + 62 823 8847 1349 ( Yola ) + 62 818 0680 3803 ( Subari )
    E-mail : Bari.jejakbali@yahoo.com
    Telp : 0752 33543
    Facebook : Yola Pesona
    website : http://baripesona.blogspot.co.id

  2. Terima Kasih sbb mencoretkan kisah adik ke PB. Insyaallah kak dan kawan-kawan dah buat perancangan ke PB sebelum ke Penang. Tak pernah pergi, ni tak sabar rasanya nak tunggu hujung Okt utk ke sana.

  3. Memang best pergi Padang Besar, last pergi 2014, beli pes tom yam dan periuk stainless steel yang banyak-banyak saiz tuh..senang nak masak nasi minyak banyak sikit kalau ada tetamu ramai..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge