Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)

Salam, sekarang ni rasa macam tak sihat sebabnya Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome), dan alhamdulillah sekarang ni tunggu masa aje nak bersalin, cepatnya masa berlalu, berdebar-debar pun ada juga ni heheee, insyaALLAH kalau takde masalah Januari 2015 dapatlah cium bau baby.

Tapi tulah macam saya katakan awal tadi, rasa sakit tangan yang tak menahan, tak selesa sungguh. ingatkan kebas biasa aje, rupanya ianya adalah Penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Ni 1st time kena, masa anak-anak dulu takpernah pun kena macam ni.

Penyakit Carpal Tunnel Syndrome

Gagah research pasal penyakit ni, rupanya ianya adalah normal bagi wanita yang mengandung, legalah sikit bila baca macam tu. Penyakit Carpal Tunnel Syndrome ni hanya sementara untuk ibu mengandung dan ianya akan hilang sendirinya selepas bersalin, tetapi sekiranya lepas bersalin masih ada rasa sakit tersebut, ianya adalah serius, mungkin memerlukan pembedahan ataupun suntikan bagi menghilangkan/mengurangkan rasa sakit. wuwuwuuu seramnyaaa~

Carpal Tunnel Syndrome

Bagi wanita mengandung ianya terjadi disebabkan water rentention yang mana ianya melibatkan pertambahan berat badan akibat pengumpulan air dalam badan, dan kebiasaannya bagi wanita mengandung mengalami sakit/kebas dikedua-dua belah tangan, nasib jugalah saya hanya sakit disebelah tangan aje, kalau dua-dua tak tau nak kata macam mana, yang satu ni pun dah rasa sakit dan tak selesa inikan pula kalau kedua belah tangan huhuhu.

Erm macam mana nak cakap ye pasal rasa sakit ni, sebenarnya ianya bukanlah kebas macam biasa tu yang kebas rasa menebal dan tidak merasa apa-apa langsung walaupun tangan tu digigit hahaha, bukan….bukan macam tu…tak rasa kebas gitu pun, ni rasanya macam menyucuk-nyucuk, semakin ditekan atau buat regangan akan terasa sakit menyucuk tu, macam terasa panas pun ye menarik dan menyucuk-nyucuk…erm…tak tau nak cerita macam mana, tapi dalam bahasa inggerisnya lebih tepat dengan nama “Tingling Sensation”

Carpal Tunnel Syndrome

sekarang ni duk rajin buat gini jelah nak bagi kurangkan rasa sakit, pastu urut-urut sikit huuuu~

Pesakit Carpal Tunnel Syndrome ni juga tak boleh buat pergerakan yang sama berulang-ulang, tak boleh angkat benda yang bergetar, ataupun pendek kata tak boleh ada tekanan pada tangan tersebut. sekarang ni waktu tidur malam saya tak lena, bukan sebab tak selesa dengan perut besar, tapi tak selesa dengan keadaan tangan ni, silap sikit je tangan mula rasa kebas menyucuk tu, terpaksalah gerak-gerakkan dan kipas-kipaskan tangan sambil meluruskan tapak tangan dengan jari jemari, gitu je caranya nak bagi kurangkan rasa sakit. kesiankannn??? harapnya taklah serius sangat dan cepat-cepatlah hilang lepas bersalin nanti.

Carpal Tunnel Syndrome operation

Kalau kena opret gini gayanya…eeuuuwww serammmm~

– 22hb ni nak jumpa pakar, harapnya tak terlupalah nak tanyakan pasal penyakit ni

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 Replies to “Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)

  1. slm puan…sy skrg 30 weeks…dlm seminggu nie kena skit cm nie…dh p brurut bidan..tetapi smkin truk…ltak minyak panas pun truk lgi…jmpa dr bgi ubat than skt dn ubt sapu shja..siap jmpa perubatan islam…tapi skrg sy sgt lega bila ada d klgan ibu yg mgalami nsib yg sama.. skit yg tramat sgt…wktu mlm sblh pgi smkin brdenyut…skrg sy lega dn cuba brtahan bla fikirkn pembawaan…nie my 3rd baby…n its girls..b4 this 2 heros…trima ksih.

  2. Greate pieces. Keep posting such kind of information on your page.

    Im really impressed by your blog.
    Hi there, You’ve done an excellent job. I will certainly
    digg it and for my part suggest to my friends. I am confident
    they will be benefited from this web site.
    Jannie recently posted..JannieMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge