Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap

Salam, alahaiii sunyinya rumah ni, anak-anak baru je ikut balik kampung dengan Tok, Tokwan dorang semalam, serius tak suka sebenarnya keadaan yang sunyi macam ni, dah biasa dengan riuh rendah dan karenah anak-anak, terasa sangat sunyi hidup tanpa 2 beradik yang suka main gaduh, main gaduh tu….tapi sebenarnya dorang tu baik sangat, biasalah budak-budak kan memang gitu, erm..takpelah kejap je, nanti pergilah ambik dorang huhuuuu.

pizza roti gardenia

Oklah nak cerita pasal Pizza Roti aje pun, tapi mak datuk macam nak bagi panjang lagi mukadimah tu hahahaha, rindu anak oiii…belumpun 2-3Β hari tapi hati dah meronta-ronta, terbayang duk berebut remote dengan Aiman HAHAHHAA.

bahan-bahan membuat pizza roti

Oklah cerita tentang Pizza Roti ni, sebenarnya teringin nak makan pizza tapi macam malas nak cari, timbul idea nak buat pizza roti yang simple aje, anak-anak pun memang suka makan yang simple-simple ni, kalau yang rumit-rumit tu sudahnya tak makan pun, leceh kot.

Memandangkan juga stok roti kat rumah ni tak pernahnya putus, asiklah nak topup saja stok roti tu sebab anak-anak memang penggemar roti-roti. jadi takde idea nak buat apa dengan roti tu, bosan agaknya asik makan dengan nutella, susu, peanut butter, jadinya saya tanya jugalah anak-anak kalau nak makan pizza simple ni, sebab takut nanti dah buat kang saya sorang je makan tak syioklah pulak kan. Sebab teringin orang mengandung ni lain macam, sebelum dapat tu tamak nak banyak, dah dapat tu makan sikit je kikiki…apa boleh buat…

cara membuat pizza roti gardenia

Aiman haziq melompat-lompat kata nak!!!, jadinya apalagi terus bangun buka peti keluarkan apa yang ada dalam peti, hah nasib baik bahan-bahan semuanya ada weeeee~

Ok jom buat Pizza Roti Gardenia,Β Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap

1. Roti Gardenia

2. Keju

3. Sosej *celur

4. Cendawan *potong kecil dan celur

5. Sos Pasta/Spaghetti

6. Bawang Merah potong halus

7. Cili besar potong halus

8. Oregano Leaves

9. Parsley Leaves

10. Olive Oil (Sapukan sedikit pada kuali pemanggang)

Cara-cara menyediakan dan memasak Pizza Roti Gardenia Pemanggang Ajaib

Sapu roti dengan sos pasta/spaghetti, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati. dah susun semuanya, barulah letakkan keju diatasnya dan bakar dengan api sederhana.

Untuk permulaan proses memasak, jangan tutup pemanggang ajaib tu, biarkan 2 minit gitu, kemudian baru tutup dan kuatkan api sedikit untuk mencairkan keju tadi.

Tak perlu masak lama-lama nanti hangit pula roti tu, kejap je masaknya, agak-agaklah ye.

pizza roti mudah

Tak letak Chili Flakes sebab Angah tak suka pedas, oh ye saya juga buat kentang putar, resepi google aje hihihi. anak-anak suka, senang je rupanya buat kentang putar ni. Janji kena rajin je hehee

pizza roti gardenia sedap

Si abang pula suka makan pedas-pedas macam ibu, harus letak Chili Flakes baru ummppp!!

Time masak ni baunya memanglah menusuk kalbu, sedap sangat, kalah Pizza Hut tu…hahhahaa, anak keluar masuk dapur ambik bau nnggeee~

roti pizza gardenia mudah

resepi roti pizza

Ok selamat mencuba, senang sangat kan, kot ada stok roti tak habis tu boleh buat Pizza Roti mudah lagi sedap macam ni. tak perlu dah nak uli-uli doh heheee.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

25 Comments on “Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge