Placenta Previa – Uri Dibawah Semasa Mengandung

Salam, semasa mengandungkan Baby Irfan dulu saya pernah disahkan mengalami Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung tapi taklah tahap kritikal, uri cuma berada ditepi pintu rahim dan tidak menutupi sepenuh pintu rahim, dan masa tu usia kandungan dalam 28 minggu, masih banyak masa untuk Uri naik dan bertukar kedudukan. tapinya time tu kena bedah juga secara emergency sebab air ketuban dah pecah dan pintu rahim tidak ada bukaan.

Dan kali ni, scan banyak kali (adalah dalam 8 kali gitu), Uri/Plasenta berada dibawah, tak berubah-ubah kedudukannya, masih dibawah, naik risau pula saya jadinya. Tapi saya yakin sebabnya masih lagi awal baru 24 minggu iaitu 6 bulan. Tapi sepatutnya Uri dah naik sikit ni.

Tiap kali scan mesti doktor cakap, Uri kat bawah sangat ni, betul-betul menutup pintu rahim, . haishhhh risau sungguh-sungguh, mana tak risaunya uri menutup laluan pintu rahim. memang tak boleh bersalin secara normal lagilah kalau macam ni.

Patutlah saya mengadu kenapa baby ni gerak asik kat kawasan bawah sahaja? tak naik-naik pula baby ni gerak, kadang rasa tak selesa sebab duk gerak kat bahagian bawah perut je, rasa dicuit-cuit gitu hehehee. Doktor cakap mungkin sebab uri dibawah jadi baby berada dibawah juga. Bila perut besar nanti automatik baby akan naik. ermmm tapi tulaa..Mengandung Tapi Perut Kecil je ni, tak puas hati pula, macam segan nak besar hehehee. Aurat kot kan..baby malu nak tunjuk perut ibu yang boyot ahaks!

sebenarnya semasa kandungan 8 minggu macam tu, saya ada mengalami sedikit bleeding, tapi saya tak pergi ke klinik sebab tak sakit apa pun, cuma pendarahan yang sedikit lepas tu dah takde, takpe ke ye??? erm…..lepas tu pulak dalam 18 minggu macam tu, ada juga bleeding sikit-sikit, sikit jelah…sungguh-sungguh sikit, dan tak sakit, lepas-lepas 2 insiden tu barulah saya tahu yang saya sekarang ini  mengalami Uri Dibawah Semasa Mengandung/Placenta Previa (PP), tahap berapa pun tak tahu, tunggu jumpa doktor 8.10.2014 ni nanti. Moga-moga semuanya baik-baik aje.

Ada 4 jenis Placenta Previa (PP), bergantung kepada kedudukan uri tersebut :-

placenta previa
  • Jenis 1 : Low lying –  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu  servik( OS )
  • Jenis 2: Marginal – uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik
  • Jenis 3: Partial –  uri menutupi sebahagian pintu servik
  • Jenis 4: Complete –  uri menutupi keseluruhan pintu servik

Komplikasi dan rawatan

Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkanya naik keatas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4 pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP. – portal alamhamil

Harapnya tidak ada masalah untuk melahirkan kali ni, tapinya doktor dah bagitau awal-awal, kemungkinan akan dibedah lagi untuk kandungan kali ni, moga-moga ada keajaiban, tapinya takdelah rasa berdebar sangat sebab dah tahu awal-awal ni, kalau macam Alang Irfan tu mengejut je, emergency caesarean sampai tak menyempat-nyempat nak bagitahu suami. alih-alih doktor yang call bagitahu dia yang bininya sekarang dalam bilik pembedahan, huhuhuuuu

Suami ada cakap, mungkin sebab takde berurut kot masa bersalinkan Alang Irfan sebelum ni, jadi uri tak naik, rahim jatuh ke apatah…dia jelah yang andaikan hahaha, sebab bersalin secara pembedahan sebelum ni kan, jadi takde pengalaman, nak berurut memanglah takut, kang jadi lain pula kan…dengar nasihat doktor jelah, doktor tak bagi urut, tapi orang tua-tua kata boleh urut tapi kena orang yang mahir lah. bukan pakai urut saje.

Ni uri dibawah boleh ke urut ye bagi ubah kedudukan uri tu??, setahu saya kalau baby songsang jelah kan baru boleh urut, tu pun kena ada cara, hanya yang mahir sahaja boleh buat, dihospital doktor ada buat tapi diorang tengok juga jenis kes dan usia kandungan time tu, bukan main hentam aje.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

25 Comments on “Placenta Previa – Uri Dibawah Semasa Mengandung”

  1. saya baru buat chekup doc kata uri mcm ada ke bawah sikit….risau rasanya.. dengan info yang sis bagi ni alhamdulillah membantu saya…..sekurang2nya saya besedia dgn apa saja kemungkinan….

  2. Saya tak nak komen dari perspektif sains sebab dah jemu dengan menjawab ribuan soalan yang majoriti adalah “unexplainable courses”.contoh endometriosis,PCOS,kanser termasuk placenta previa ni sekali tetapi ada satu tips yang berkesan jika kita yakin,InsyaaAllah.

    Sebelum masuk ke labour room pastikan suami berdoa tidak kira sebutan apa sekalipun yang penting mengampunkan segala dosa-dosa isteri tidak kira sebesar zarah sekalipun,menghalalkan segala makan dan minum dan bermohon kepada Allah swt dengan sebenar-benarnya supaya isteri dipermudahkan sewaktu bersalin nanti. Jika kia tidak pernah melihat magik kali ini kita bakal melihatnya.InsyaaAllah
    Dr Salwa recently posted..7 Cara Mudah Memahami Kitaran Haid AndaMy Profile

  3. My brother recommended I may like this blog. He used to be entirely right.
    This post truly made my day. You can not believe just how a lot time I had spent for this information! Thank
    you!
    gc180xt recently posted..gc180xtMy Profile

      1. Salam sis, saya pun ank kedua ni baru uri kat bwh.ank sulung normal. Doktor ada ckp x kalau mngandung lg akn dpt uri kt bwh gak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge