Mengandung Tapi Perut Kecil

Note : Rasanya entry ni sesuai untuk bacaan Makcik2 sahaja kehkeh, tapi kalau pakcik2 nak baca juga boleh, #eh!

Salam, eh tajuk hahahha puas fikir nak buh tajuk apa, hentam jelah janji korang faham kan heheheee. Mengandung anak ke 4 ni macam tak berapa nak besar perut ni, sampaikan ada yang tak sedar langsung yang Irfan bakal dapat adik. sekarang ni dah 6 bulan usia kandungan.

restoran zam zam shah alam

Ini gambar terbaru 6 bulan, see tak nampak macam 6 bulan pun kann?? (gambar bersama Mak Mertua dan Biras)

Patutnya perut dah membesar dengan jayanya, tapi biasa-biasa aje, biasa-biasa tu maknanya masih boleh pakai seluar sebelum mengandung, heran betul hahaha. Siap boleh tidur terlentang lagi, dulu-dulu time ni tidur kena mengiring kalau tak boleh sesak nafas dibuatnya.

Ada yang cakap sebab saya suka pakai abaya tu yang tak nampak macam mengandung, eh tapi serius kalau pakai tshirt pun orang tak perasan mengandung, paling pun orang ingat buncit mueheheee. pandai betullah baby ibu ni menyorok hihihi.

Plus mengandung kali ni tersangatlah aktif kehulu kehilir, kuat makan, doplohpatjam makan, tapi perut tak besar, yang besarnya tang lain pula….haru sungguh hahahaha.

Percaya tak yang saya takpernah pun diambil lagi ukuran perut setakat ini oleh nurse di klinik kesihatan, baring je nurse pegang-pegang sikit lepas tu nurse cakap, saya tak ukur dulu, perut awak kecik lagi. sampai sekarang ni saya tak tahu berapa tinggi perut saya. nak kena ukur sendiri juga ni, biasanya tinggi perut sama dengan tinggi minggu kita mengandung, kalaupun ada beza ianya beza sedikit aje.

Disebabkan perut yang kecik ini, saya 2 kali pergi ke klinik swasta, nak tau keadaan baby, alhamdulillah baby sihat, scan diklinik kesihatan pun baby ok. cuma peliknya tang perut tulah kecik macam buncit je gitu. pelik tapi benar.

Melihat tumbesaran perut ni agak lain dari sebelum ni, yang ni macam panjang kebawah bentuknya, tak bulat terjojol macam anak-anak sebelum ni. dulu-dulu mengandungkan anak-anak perut sangatlah comel bulat tinggi gitu, pusat pun boleh terjojol, memang malu dibuatnya kalau pakai baju mengandung tu..boleh nampak timbul pusat hahahaa.

Kali ni rilek je, tak beli pun baju mengandung tu, sebabnya masih boleh pakai Tshirt, seluar, abaya sebelum mengandung. betul-betul jimat duit, plus tak berapa bernafsu nak beli baju mengandung, malu pula bila pakai menampakkan bentuk perut. dah tua2 ni semua benda pun nak segan kan…

Oh ye masa scan minggu lepas, nampaknya baby kali ni pemalu, tak mau nak tunjuk jantina hahaha, 1st time ok baby dalam perut malu, abang2 dulu sekali tonyoh je dah terkangkang tunjuk, memang tak malu hahaha, tunggu buat detail scan 3d 4d nantilah kita tengok baby nak tunjuk ke tak jantinanya, ke memang baby nak surprisekan mak paknye hehee

Apa pun jantina baby ni kami terima, dah tak berapa kisah dah, tak nak berharap, baby lelaki pun ok, dah happy sangat tau, janji anak sihat. Kalau girl pun sementisnya beronok…ronok..ronok…rasanya hihihi.

Kesimpulannya disini, tak semestinya perut kecil baby dalam perut pun kecil. ingat tu mak-mak yeee ^_^

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

17 Comments on “Mengandung Tapi Perut Kecil”

  1. I’m really loving the theme/design of your weblog.
    Do you ever run into any browser compatibility problems?
    A number of my blog readers have complained about my site not working correctly in Explorer but looks great in Chrome.
    Do you have any recommendations to help fix this issue?
    Pureberry Max Review recently posted..Pureberry Max ReviewMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge