Assalammualaikum, tudiaaaa email kemain banyak masuk, boleh kata pertanyaan yang paling kerap saya terima adalah tentang Google Adsense, Boleh ke Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu?, jawapan saya BOLEH!, buktinya tengok aje blog saya yang sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu, dan tengok aje blog rakan-rakan yang lain, boleh kan??

google adsense

Tapi…..tapi……

Sebelum itu korang kena register Google Adsense dahulu untuk mendapatkan akaun Google Adsense.

Ingat!

Daftar G00gle Adsense menggunakan Blog Berbahasa Inggeris, bukan blog Bahasa Melayu ye!, Google Adsense tidak menerima penyertaan anda sekiranya anda menggunakan Blog Bahasa Melayu. Sampai ke sudah permohonan anda ditolak bulat-bulat.

google adsense

Jadi macam mana Blog Bahasa Melayu boleh pasang Iklan Google Adsense?

Ini kerana blog-blog bahasa melayu yang memasang iklan google adsense, sudahpun terlebih dahulu mempunyai akaun google adsense yang mana permohonan mereka menggunakan blog bahasa inggeris, faham tak?? tak faham? meh nak terangkan.

Google Adsense tidak menyokong Bahasa Malaysia, jadi buat blog BI terlebih dahulu, blog tersebut bukan blog Copy Paste ye, blog original gitu. update konsisten, blog santai-santai pasal anak-anak pun boleh, tulis dalam BI, biar blog tu fully BI, bukan rojak. bela elok-elok blog tu. jadi diorang tengok pun tak serabut, sekarang ni nak dapat akaun google adsense memang sangat susah, tak macam dulu-dulu 😀

Bukan buat blog BI hari ni, hari ni juga nak apply, no….no….jangan perasan! heheee, amik masa ye. saya sendiri blog umur setahun baru saya apply Google Adsense ni, time tu saya guna platform Blogger (blogspot), tapi ada rakan yang saya bantu untuk mendapatkan akaun ini, dia buat blog 2 minggu je then daftar dan permohonan diterima, mungkin ikut nasib lah juga.

Sekiranya permohonan anda diterima, maka akaun anda tadi boleh digunakan pada kesemua blog anda, faham tak? maksudnya anda boleh memasang iklan google adsense diblog anda sama ada blog berbahasa Melayu, or bahasa lain. Untuk lebih jelas lagi, 1 akaun untuk semua blog yang kita ada, jadi oleh sebab itu anda boleh tengok ada blog Bahasa Melayu yang memasang iklan Google Adsense, mereka mendaftar adsense menggunakan Blog Bahasa Inggeris.

Simple je, daftar guna Blog BI okeh, bukan Blog BM.

Ehemmm, Ada yang tanya kenapa blog saya boleh pasang banyak iklan adsense

* Ini kerana Blog saya selected untuk projek “Rahsia” bersama mereka 😀

Semoga entry ini dapat menjawab semua persoalan tentang Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu boleh atau tidak.

– Sekiranya ada kemusykilan boleh tinggalkan komen, insyaALLAH nanti saya reply, macehhh~

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

46 thoughts on “Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu”
  1. Wow! terbaik tips ni..ingatkan memang takde peluang langsung untuk blog BM untuk apply GA..rupanya ada tips & tricks!

    Untuk yang tak tahu menulis dalam BI,outsource kan aje..upah article writer utk tulis dalam 10-20 artikel,then masukkan dlm blog..tapi mahu sediakan ongkosnya dulu ya pak! hehe..

    By the way, terima kasih kak sbb sudi kongsi tips ni.. 🙂

  2. Good day! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine Optimization?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted
    keywords but I’m not seeing very good gains. If you know of any please share.
    Kudos!
    boss.bru.ac.th recently posted..boss.bru.ac.thMy Profile

  3. Cara yang senang lagi nak buat permohonan google adsense adalah melalui akaun youtube. Masa daftar akaun youtube tu kita buat kita dok selain negara Malaysia. Pastu kita upload video English dlm youtube. Buatlah 3 hingga 5 video ke. Then kita apply.

  4. rasa mcm nak letak balik je ni..aritu GA disable ads kat reezluv.com,lau letak kt domain baru tak kot eh?kt blog lain ok je kuar ads…sebab apa tah..letak widget busuk tu illegal ke for Adsense kak?

    kena tanya org kesayangan adsense ni..harap leh jwbkan..maceh
    reezluv recently posted..Tips Dapatkan Harga Pos Laju MurahMy Profile

    1. Dulu memang langsung tak boleh Sop, tapi sekarang ni dah boleh, janji blog tak melanggar t&c mereka, mereka juga ingin trafik dari malaysia, rata2 sekarang ramai orang malaysia yang beriklan menggunakan google ni.

      blog ini juga targeted trafiknya adalah dari malaysia.

      tetapi kadang2 iklan tidak keluar di blog bm, ada sebabnya tu..kadang keluar di hompage shj, kdg di single post.
      yanmie recently posted..Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa MelayuMy Profile

  5. Tak susah mana sebenarnya nak ada akaun Google Adsense ni, buat blog terbitkan entri dalam sebulan dua, cukup dah 10-30 entri, terus apply …

    Bila dah dapat akaun .. memang sampai sudah kena jaga elok2 …

    Ada dua blog saya kena ban dari letak iklan google ni .. hehehe tapi blog lain ok, jangan langgar terms mereka dah la.
    hasrulhassan recently posted..Contest SEO EridyMy Profile

    1. Dulu memang senang, sekarang susah sikit, ramai kawan2 saya yang mencuba banyak kali walaupun penulisan sepenuhnya dalam BI, mungkin google meneliti dari sudut lain.

      sekiranya menggunakan alt ads, sila elakkan dari meletakkan iklan adsense didalam alt ads, ini kerana google berpendapat bahawa kita telah menukar code mereka.
      yanmie recently posted..Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa MelayuMy Profile

    1. Hubungan rahsia yang sudah terjalin hampir 2 tahun, alhamdulillah.

      Setahu Kakyan, lebih mudah untuk mendapatkan akaun google sekiranya mendaftar menggunakan platform blogspot ini kerana blogger merupakan produk mereka. tetapi ada juga beberapa orang rakan saya yang berjaya mendapatkan akaun google adsense menggunakan blog self hosted.

      Janji blog tersebut bukan blog copy paste, google amat memandang serius blog copy paste, memang mereka reject permohonan.

      Sekarang ini google adsense boleh juga daftar melalui 3rd party contohnya melalui blogger,com itu sendiri, youtube, flixya dan banyak lagi.
      yanmie recently posted..Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa MelayuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge