Bisnes Online Menurut Pandangan YanMie

Assalammualaikum, Bisnes Online Menurut Pandangan saya, bisnes yang dijalankan secara atas talian yang mana ianya boleh menggunakan pelbagai platform seperti Laman Web, Blog, Facebook, Twitter, Instagram, dan banyak lagi. Bisnes online ni sebenarnya boleh pergi jauh, buktinya ramai je usahawan internet yang berjaya sekarang ini dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

mom and son

Macam ni gaya saya buat bisnes online (Advertorial) heheee

Permintaan dari pelanggan internet pun semakin banyak, jadi tidak mustahil Bisnes Online ini boleh pergi jauh setanding dengan Bisnes usahawan Offline. Pandang kiri pandang kanan, rakan-rakan saya ramai yang buat bisnes online ni, rata-rata mereka semuanya berjaya, kagum sangat!

Apa yang menariknya tentang Bisnes Online?

Tidak memerlukan ruang pejabat yang besar, malahan tidak perlu membayar sewa pejabat, cukup sekadar ada 1 sudut “workstation” sudah memadai. berbanding dengan perniagaan offline yang mana memerlukan pejabat, tu belum kira lagi barang-barang keperluan dalam pejabat tu, semua kena beli.

Nak buat bisnes online ni, modal pun kecil aje, starting dengan modal RM500 pun dah ok sangat dah, bergantung pada jenis bisnes apa yang diinginkan. saya sendiri pernah menjalankan bisnes online secara kecil-kecialan iaitu dengan menjual Mutiara, memang laris bak pisang panas heheeee

Masa berkerja ni sangatlah best, konsepnya “aku bos aku kuli”, maksudnya disini waktu berkerja adalah bebas, tak kira masa, 24jam pun boleh kikiki, kita tentukan sendiri waktu kita berkerja, so kurang tekanan disitu. kerja rileks-rileks sudah hihihi.

Oh banyak lagi yang menariknya ni, nak tulis memang panjang lebar, saya bagi yang atas ni je heheee.

Kelemahan

Memerlukan kepandaian dalam bidang IT, tak pandai IT macam mana nak uruskan jual beli melalui online internet kan?, kan

Mudah ditipu, yelahkan kita tak kenal dengan siapa kita berurus niaga, tidak ada detail yang lengkap tentang pembeli. jadi oleh itu sebelum nak beri apa-apa produk kepada pelanggan pastikan pembayaran dibuat terlebih dahulu. takpun kalau ada pelanggan yang booking item kalau boleh minta dahulu deposit barang, jadi tak rugi kalau pelanggan tak jadi beli item tersebut.

Tidak ramai yang tahu untuk mengoptimasikan SEO pada website/blog untuk tujuan promosi di engine carian seperti google, bing, yahoo dan macam-macam lagi (kena upah orang pulak).

Ok saya sendiri buat bisnes online dari blog

Nak tahu? saya sendiri buat bisnes online, bisnes santai-santai aje, dengan menyediakan ruang advertorial di blog ini, seronok buat bisnes online ni, yang ni takperlukan modal hehehee sebab saya blogging kerana minat, secara tidak langsung duduk je rumah sambil goyang kaki, buat apa yang client nak, setel semua duit masuk, bestkannn?? tapi semua tu bukannya mudah, kita kena buat yang terbaik, kena berikan apa yang sepatutnya.

cek

Ini hasil kerja saya dalam sebulan macam tu, bisnes online dari blog (advertorial)

Buat kerja macam ni (sediakan perkhidmatan) haruslah ikhlas dan jujur, pendek kata dalam apa pun bisnes yang kita jalankan, biar ikhlas dan jujur, insyaALLAH rezeki itu nanti biar berkat.

Kesimpulannya

Bagi saya tidak kira bisnes online mahupun bisnes offline, yang penting minat untuk berniaga itu ada, kita tak nak buat kerja separuh jalan, penat je buat itu ini tapi hasil tidak ada, betul tak? jadi buat bisnes apa pun kena rajin, berani buat sesuatu yang lebih dari kemampuan, dari situ dapat membina keupayaan diri dalam perniagaan, jangan hanya duduk tang tu je..nanti orang lain makin kedepan kita masih lagi macam tu…

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

– Apa pula pandangan korang tentang Bisnes Online ini?? jom kongsikan bersama saya ^_^

 

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 Replies to “Bisnes Online Menurut Pandangan YanMie

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge