11 Bulan Disembunyikan

Assalammualaikum, ini bukan kes culik ye heheee, ni kes 11 Bulan Disembunyikan, apa yang disembunyikan tu? sembunyikan Laptop anak-anak, kelmarin baru lah saya keluarkan Laptop yang di sembunyikan (sampai lupa sorok kat mana hahaha), gila gigih betul tu sembunyi lama dari anak heheee, ye maklumlah time sekolah memang tak boleh keluarkan laptop ni, sebab diorang jadi lupa diri sebagai seorang pelajar.

haziq

Naik risau jadinya…diorang leka bermain game, bukan tak nak bagi langsung main, diorang boleh aje main di iPad2 tu, tapi yelah tak boleh dua2 gadget tu serentak ada, nanti dedua buat hal sendiri, seorang dengan ipad, seorang dengan laptop, jadi kat rumah ni rasa macam takde budak kecik pulak..takde bising-bising hehehee.

haziq dan irfan

hahahaa ok kena kacau dengan Baby Irfan, boleh pulak Baby Irfan ni berkenan dengan Netbook tu wahahaha, Abang Long main ipad dia tak kacau pun kikikiki.

aiman dan haziq

Actually iPad pun saya sembunyikan, boleh main time weekend je, itupun dengan syarat kerja rumah semua dah setel, dah membaca buku, dah makan hahahaa punyalah banyak syarat kan??.

kalau buat perangai nangis ke gaduh ke, tanpa banyak cakap..saya sentap je ambil dari diorang wahahha kejam sungguh, jadi bila diorang tau ibu buat macam tu, memasing buat perangai elok hehee.

Ni dah mula bagi diorang main pun sebab exam dah habis, sekolah pun kejap ada kejap takde, so bagilah main, kesian nampak bosan je kekekeke, diorang pun macam kita juga perlukan hiburan, ye tak? cuma takat mana hiburannya tu kita sebagai ibu bapa kena pandai, kita tahu anak kita bagaimana, betul tak??

– Cuti sekolah sudah mariiiiii….

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 Replies to “11 Bulan Disembunyikan

  1. memang kena wat macam tu. kat sekolah pun..handset budak saya ambil. Waktu balik sekolah nanti baru pulangkan. Siap kena tulis surat lagi. Haha..

    Sebab memang diorang main handset bila cikgu tak ada dalam kelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge