Resepi Telur Bungkus

Salam, baru ni buat menu Telur Bungkus, kali ke 2 buat, kali pertama buat tak ingat resepi hehee, kali ni buat ikut suka, resepi sendiri, guna benda apa yang ada dalam peti, alhamdulillah abis licin tanpa saya sendiri dapat merasainya wahahahhaaa, suka sangat! sebab hero-hero suka.

resepi telur bungkus

Asyik buat telur dadar, telur goreng, telur rebus je kan??, haahhh kalau rajin boleh cuba buat Resepi Telur Bungkus ni, ehemm nak share resepi coz rasa Telur bungkus ni sedap, hero-hero lah yang cakap gitu hehee, anak-anak cakap memang tak tipu tau!, suami sengih aje kikiki (suami cakap, saya pantang dipuji, nantikan seminggu berderet saya buat menu tu hahaha). ok jom tengok bahan-bahannya~

resepi telur bungkus

Resepi Telur Bungkus

  • Ayam kisar ramly (basuh guna jaring)
  • Sayur campur
  • Bawang merah dihiris
  • Sos Mae Pranom
  • Garam & Ajinomoto sikit
  • Sos cili, agak-agak lah ye
  • Daun ketumbar

Cara Memasak 

  • Panaskan minyak sedikit
  • Masukkan bawang merah, sampai naik bau
  • masukkan isi ayam kisar, sayur campur, masak hingga lembut
  • Masukkan sos mae pranom
  • masukkan sos cili
  • masukkan Garam, ajinomoto dan daun ketumbar
  • Sedia untuk dihidangkan!

resepi telur bungkus

Cara menyediakan

  • Letakkan inti tersebut diatas telur dadar, dah bungkus ler, untuk hasil yang comel, tekap pinggan sesiap kat kuali then terbalikkan.
  • hiaslah telur tadi mengikut kreativiti anda.

resepi telur bungkus

Telur bungkus saya kat atas tu versi terbuka hehee, saje nak tayang inti tu kat anak-anak, barulah diorang minat nak makan, padahal kat dalam tu ada je benda-benda yang diorang tak makan macam sayur campur tu, tapi bila dibuat macam ni, tak sangka betul…diorang makan tanpa banyak songeh hahahahahhaaa.

– Selamat mencuba

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

14 Comments on “Resepi Telur Bungkus”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge