Sedap Juga Ketupat Sotong

Salam, dah lama juga saya simpan gambar Ketupat Sotong ni, pertama kali buat dan makan Ketupat Sotong masa bulan puasa hari tu, teringin pulak nak makan sebab orang duk tunjuk gambar ketupat sotong je sokmo hahaha.

ketupat sotong

Teruslah saya gigih menggoogle resepi ketupat sotong ni, alhamdulillah kebetulan bahan semua ada, teruslah saya mencuba masak ketupat sotong ni, tapi rasa ketupat sotong yang kat luar tu tak pernah rasa so tak boleh nak compare.

ketupat sotong

kalau tanya dah tentulah yang saya masak ni sedap heheee, cuba bagi rasa ketupat sotong lain kan..barulah rasa perbezaannya, takpelah insyaALLAH next time kot terjumpa kat kedai mana-mana ketupat sotong ni, bolehlah makan nanti.

ketupat sotong

Memang betullah makan macam makan ketupat hehee, yelah nama pun ketupat sotong kan?, suami saya pulak pelik kenapa letak pulut dalam sotong hahahahahaa. Dia makanlah juga tapi tak berapa banyak, tak kena dengan tekak dia kot, dia amik kuah-kuah aje dan ketupat sotong 1 hehee, so jadiknya puas saya makan sensorang hahahaa, opsss…lupa..makan dengan Aiman, dia suka sangat makan sotong, lagi letak ketupat, memang double suka dia.

– Terus teringin Ketupat sotong ni, pelik..semua benda pun teringin…jeng..jeng..jeng…

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

26 Comments on “Sedap Juga Ketupat Sotong”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge