Salam, baru-baru ini bertempat di Hotel Aloft Kuala Lumpur, telah diadakan majlis pelancaran Peti Sejuk Model Folio JX & Folio BX Terbaru Dari Mitsubishi Electric, terima kasih atas jemputan tersebut. ini merupakan jemputan kali kedua saya bersama Mitsubishi Electric Malaysia, yang sebelum ni Peti Ais L4Grande Terbaru Dari Mitsubishi Electric, oh ye majlis juga dihadiri oleh para pengedar, pemaju, perunding serta wakil Mitsubishi Electric dari Jepun.

pelancaran peti sejuk terbaru dari mitsubishi electric

Ok nak cerita tentang Peti Sejuk Folio JX & Folio BX Terbaru Dari Mitsubishi Elektric ni, 1st impression tengok rupa peti ais ni pun dah mengujakan, kalau dapat pegang dan guna apatah lagi kan?, tengok aje gambar peti kat atas tu, perghhhh~ BEST!

pelancaran peti sejuk terbaru dari mitsubishi electric

Peti Sejuk Pintar yang terbaru dari mitsubishi ini menggabungkan ciri-ciri yang terbaik dengan teknologi dan rekaan bergaya, ia sangatlah mengancam, dengan ruang kapasiti simpanan yang besar dan luas menerusi smart cube. Struktur penebat Nipis baru, membolehkan rekaan pintu dan dinding peti sejuk yang nipis tanpa mengurangkan prestasi penebatan keseluruhan peti sejuk.

Peti sejuk ini direka khas dengan teknologi canggih secara erganomik dan memaparkan ruangan simpanan berguna, ruang sejuk beku yang berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk, juga pelbagai laci untuk ruang simpanan serbaguna seperti ruang penyimpanan sayur-sayuran, best!, saya suka peti sejuk yang macam ni, sayur ada compartmentnya sendiri, jadi sayur tadi terpelihara kesegarannya dan kebersihannya, dan yang penting sekali, peti sejuk ini mesra alam dan menekankan penjimatan tenaga ^_^

Ciri-ciri utama Peti Sejuk Folio JX & Folio BX termasuk:

  • Vitamin Factory
  • Pembuat Ais Automatik
  • Pembekuan Lembut
  • Penyah Bau Anti-Bakteria
  • Rak Auto
  • Penyejuk Bukan CFC
  • Smart Cube, Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru

pelancaran peti sejuk terbaru dari mitsubishi electric

Wooowww mengancam tak?? serius mak-mak macam saya ni suka sangatlah kalau ada yang nak bagi hadiah peti sejuk macam ni, hihihihi.

Ok untuk keterangan lanjut tentang Peti Sejuk Model Folio JX & Folio BX ni boleh layari laman web http://www.mitsubishielectricmalaysia.com

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

11 thoughts on “Peti Sejuk Folio JX & Folio BX Terbaru Dari Mitsubishi Electric”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge