Seronoknya Lebih Cerah Lebih Ceria Dengan Dulux Inspire

Salam, ingat lagi tak entry saya tentang Dulux Inspire Pilihan Cat Terkini Lagi Ceria?, plan nak cat bilik anak-anak sempena Hari Raya, alhamdulillah akhirnya terlaksana juga keinginan nak tengok bilik anak-anak dalam keadaan Cerah dan Ceria, tidak seperti sebelum ini. Jom tengok gambar sebelum bilik anak-anak dicat.

dinding rumah

Tengoklah huhuhu, diorang buat senyap-senyap tau, lekat sticker yang agak susah untuk ditanggalkan, conteng sana sini, tapi yang paling tak tahan bila diorang lekat poster kertas dengan gam uwaa, bercinta nak tanggalkan kertas tu, sikit punya susah nak tanggal hiks! erm…yang poster card tu saya yang tampal, lama daaa masa diorang kecik-kecik lagi hihihi.

Ok takmau mengeluh hihihi, yang pasti lepas ni insyaALLAH dah tak ada lagi benda-benda tu semua kat dinding, anak dah janji akan jaga dinding bilik diorang baik-baik heheee, macehhh anak ^_^.

Mula-mula, minta anak-anak tanggalkan sticker, susah juga nak tanggal tau!, jenuh nak kikis gam dari sticker tu, sebab nak cat dinding tu kenalah dinding dalam keadaan bersih dan rata barulah cat yang terhasil cantik.

dinding rumah

Ni proses mengikis kotoran yang melekat di dinding.

cat dulux inspire

Antara peralatan yang diperlukan

horizon blue dulux inspire

Atas persetujuan kami suami isteri, kami memilih Cat Dalaman Dulux Inspire yang berwarna Horizon Blue, sesuailah dengan anak-anak lelaki saya yang amat gemar dengan warna biru, tenang gitu. Oh ye, selain Warna Horizon Blue DSC1101B yang saya pilih, terdapat juga pilihan 22 warna yang sedia ada tau, dan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam lapan kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna, pilih aje nak yang mana, semuanya cantik-cantik.

warna cat dulux inspire

1st impression buka penutup tong cat ni, “Wahhhhhhh……cantiknyaaaa warna Horizon Blue ni!!!” hahahahaa jakun jap, serius cantik tau, tak tipu!, untunglah anak-anak bilik comel, yang bagusnya cat dulux ini bagi saya langsung tidak berbau macam cat lain tu, yang ni bau catnya sedap hihihi, suka sangatlah!

Ok…suami amik alih kerja-kerja mengecat….

cat dulux inspire

Suami mula mengecat

cat dulux inspire

Lapisan pertama, memang mudah nak mengecat dengan Cat Dulux ni.

dan hasilnya…..

cat dulux inspire

Lapisan ke 2….wooowwwww~ serius cantik sangat-sangat, tergoda tengok warna Horizon Blue ni!, tak boleh jadi, kena cat juga bilik mak bapak diorang ni hihihi.

cat dulux inspire

Cantik kan??? serius puas hati dengan hasil Cat ni, mudah kemas, hasil yang cantik dan licin. Orang yang kurang pakar macam suami ni pun boleh cat cantik macam ni, memang terbaiklah.

cat dulux inspire

Cantik kan? anak-anak jadi keluar masuk bilik je hahahhaa, tak sudah-sudah puji bilik diorang cantik hihihi, ok mak dia jeles hahahaa.

Terima kasih Dulux Inspire dah berjaya menghasilkan mood yang cerah dan ceria, memang ngammm sangat-sangat warna Horizon Blue ini untuk bilik mereka, lepas ni tak perlu lagi nak malu kalau ada tetamu datang jenguk bilik diorang hihihi.

Untuk keseluruhan bilik anak ini, saya menggunakan lebih kurang 3 liter sahaja, memang jimat. Oh ye nak tahu, yang menariknya dengan Cat Dulux ini, Dulux ada menyediakan perkhidmatan konsultasi percuma kepada pelanggan yang ingin mengecat rumah/pejabat atau apa pun sahaja, hanya perlu menghantar gambar untuk rujukan pihak Dulux, dan anggaran cat akan dikira oleh mereka, so takdelah kes terbeli cat lebih ataupun kurang, menarik kan?? kita tak perlu pening-pening kepala nak kira berapa liter kita inginkan, untuk keterangan lanjut layari http://www.dulux.com.my/EN/main/index.html# dan Klik Ask Our Consultant

dulux inspire

Jadinya korang kalau ada plan nak mencat rumah, saya cadangkan guna Cat Dulux Inspire baru ni, serius puas hati, ada 2 jenis tau cat Dulux Inspire ni, untuk cat dalaman dan luaran, yang saya gunakan ni untuk cat dalaman, harga mampu milik. boleh lah cari di kedai-kedai Dulux terpilih dalam pek 1 Liter, 5 Liter dan 18 Liter.

Untuk keterangan lanjut :-

Call : 1-800-88-9338 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)

Email : customercare.my@akzonobel.com

Website : www.dulux.com.my

Facebook : facebook.com/DuluxMalaysia

Dah alang-alang ni kan, suka saya berkongsi, Dulux ada menganjurkan roadshow/contest Aksi Cerah & Ceria yang akan berlangsung pada 28 Ogos 2013 sehingga 24 September 2013 nanti, hadiah best-best tau!

Cara Menyertai Contest Aksi Cerah & Ceria  :-

LANGKAH 1: Cari Ruang Tamu bergerak Dulux, butiran lokasi akan diberitahu setiap hari di halaman Facebook Dulux Malaysia
LANGKAH 2: Ambil gambar/rakam aksi menarik anda diruangan Ruang Tamu bergerak Dulux
LANGKAH 3: Pergi ke Laman Facebook Dulux Malaysia dan Klik aplikasi peraduan Aksi Cerah & Ceria
LANGKAH 4: Kemudian Upload gambar Anda disana
LANGKAH 5: Kongsikan penyertaan anda, dan raih undi sebanyak yang mungkin untuk menjadi pemenang, (Pemenang dinilai 50% oleh pilihan umum dan 50% pilihan juri)

Hadiah

Terdapat 4 Hadiah Utama menarik menanti anda, antaranya terdiri dari ruang tamu makeover yang bernilai RM4,800 untuk setiap kawasan 1 pemenang, so ada 4 kawasan yang akan dilawati oleh Ruang Tamu bergerak Dulux, jadinya ada 4 pemenang hadiah utama (utara, selatan, pantai timur & central). Menarik bukan??

So Ok Good luck ye ^_^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

24 Replies to “Seronoknya Lebih Cerah Lebih Ceria Dengan Dulux Inspire

    1. Cat warna putih kebetulan memang ada, baki dari mencat sebelum ini, tapi tengok elok lagi warna cat pintu dengan bingkai tu, biar dululah, lagi pula nampak sesuai hihihi 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge