Resepi Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King

Salam, ingat tak entry saya sebelum ini yang bertajuk “Suka Dengan Beras Jasmine Basmathi King?”, hihihi ok sebenarnya saya masak Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King untuk jamuan raya. 3 malam berturut-turut rumah kami kena serbu, so apa lagi memang sibuk bebenarlah raya ni.

nasi jagung hujan panas

Nak masak Nasi Jagung Hujan Panas ni tak ada lah susah mana pun, senang je, yang penting pemilihan beras tu kenalah sesuai, masak guna beras Basmati barulah sedap, lagi guna beras super panjang Beras Jasmine Basmathi King ni, memang sedap tau!, aroma dari beras tu sendiri dah membangkitkan selera.

Jom saya kongsi resepi Nasi Jagung Hujan Panas

beras jasmin basmathi king2

Bahan-bahan :-

bahan untuk memasak nasi jagung hujan panas

  1. Beras Jasmine Basmathi King 5 Pot (yang atas ni anggaran untuk 7 orang), rendam dahulu 30 minit
  2. Bawang Besar 1 Ulas
  3. Halia besar 2 ibu jari
  4. Serai 2 batang di titik
  5. Bunga Cengkih 3
  6. Kulit kayu manis 2 batang
  7. Buah pelaga 5
  8. Pewarna Hijau, Kuning & Merah
  9. Mentega 3 Sudu Besar
  10. Jagung Manis 1 Cawan
  11. Kismis 3/4 Cawan
  12. Susu Cair 1 tin
  13. Stok Ayam pekat 4 sudu
  14. Sedikit garam

Cara Memasak :-

nasi jagung hujan panas

nasi jagung hujan panas

  1. Panaskan Mentega dan tumis bawang, halia, serai, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga naik bau.
  2. Masukkan beras
  3. Masukkan susu cair 1 tin
  4. Stok Ayam
  5. Air mengikut sukatan anda
  6. Masak macam nasi biasa
  7. Bila nasi dah mula kering sedikit, masukkan jagung dan kismis, gaul rata
  8. tutup periuk dan kecilkan api, biar sampai masak
  9. Buka penutup periuk dan buatkan beberapa lubang dan letak pewarna dalam lubang tersebut
  10. biar seketika, kemudian gembur-gemburkan menggunakan garpu.
  11. Sedia untuk dihidang.

nasi jagung hujan panas

nasi jagung hujan panas

Nasi ni sesuai makan dengan lauk apa pun, semuanya sedap, makan nasi gitu je pun dah terangkat sedapnye hihihi.

Cubalah Resepi Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King ni, sedap tau, nasinya panjang-panjang, aroma nasi tu memang wangi, tambah pulak dengan bahan-bahan dalam menu nasi ni, memang ngam betullah.

*Frust upload video masak tapi tak boleh pulak 🙁

– Selamat mencuba ye ^_^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 Replies to “Resepi Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge