Resepi Mee Basah Sabah

Salam, atas permintaan pembaca blog ini melalui email yang dihantarnya semalam, beliau meminta saya berkongsi Resepi Mee Basah Sabah, ok saya kongsikan bersama pembaca yang lain.

mee basah sabah2 Mee Basah Sabah

Di semenanjung ni tak pernah lagi jumpa Mee Basah Sabah, yelah nama pun ada “Sabah” so dah tentulah rasanya tak sama, tapi sekali pandang macam Mee Hailam/Mee Ladna tapi dari segi rasa ianya berbeza.

Mee Basah Sabah

Bahan-bahannya :-

  • Mee Kuning (Kalau di Sabah ada Mee khas untuk Mee Basah ni)
  • Isi Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bawang Putih
  • Lada Putih
  • Sos Tiram
  • Fishball, fishcake
  • Tepung Jagung sedikit untuk pemekat kuah, (bancuh dahulu)
  • Sayur Sawi
  • Air
  • Bahan perasa

Cara Memasak:-

  • Goreng dahulu Mee Kuning tanpa minyak di atas kuali, biar ada hangit-hangit sedikit ataupun kekuningan, dah siap ketepikan.
  • Dalam kuali/periuk tumis bawang putih, kulit kayu manis.
  • Masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak.
  • Dah menggelegak kuah tadi, masukkan sos tiram, ayam, udang, sotong, fishball, fishcake
  • Masukkan sayur sawi, bahan perasa, tepung jagung untuk memekatkan kuah, masukkan bahan perasadan lada putih.
  • Siap untuk dihidang, cedok mee dalam pinggan dan tuang kuah yang dimasak tadi.

Ingat jangan masak terlalu lama sebab takut nanti ayam, udang, sotong, fishball, fishcake dan sayur tu nanti terlebih masak.

*Nak sedap lagi, masa makan tu tuang sedikit cuka, kicap dan Sos Cili Padi Mee Sabah 

sos cili padi sabah

Sos Cili Padi Mee Sabah

Sos Cili Padi Mee Sabah ni takde di semenanjung, saya sendiri pun kalau teringin nak makan minta mak kirimkan hehee, kat rumah ni ada stok 1 bekas kecik, itupun dah tinggal separuh, lalu pulak Aiman makan pedas-pedas ni, dan nak tahu sos cili padi ni SANGAT pedas!, kalau nak try makan, calit je dulu rasa, kang tertuang banyak naya takleh makan makanan tu hihihihi.

– Terus rasa lapar citer pasal mee basah ni -..-“

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

22 Comments on “Resepi Mee Basah Sabah”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge