Nelayan Diculik berhampiran Pulau Mabul Semporna Sabah

Salam, Nelayan Diculik berhampiran Pulau Mabul Semporna Sabah, risau pulak lah sekarang ni macam-macam kes, kejadian ni berlaku pada Selasa, pukul 6.30 petang. Sekumpulan 20 orang lelaki bersenjata senapang patah dan pistol, serta berbaju hitam telah bertindak menculik nelayan, mereka meminta untuk dibawa ke kawasan sebuah resort percutian di Pulau Mabul, tetapi sebaliknya mereka telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan.

cubaan culik nelayan di pulau mabul semprorna sabah

Ketika mendekati kawasan pulau, sekumpulan lelaki yang bersenjata tersebut kemudiannya ternampak beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.

Akan tetapi, setelah mereka menghampiri kawasan pantai tersebut, kumpulan lelaki tersebut menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bukannya resort yang mereka ingin tuju, lalu mereka bertindak untuk menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.

Walaubagaimanapun kesemua mangsa tersebut selamat, boleh baca selanjutnya di sini Nelayan Diculik Di Pulau Mabul, Semporna Sabah

– Cantik pulau mabul ni, janganlah ada apa-apa kes disana.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

5 Replies to “Nelayan Diculik berhampiran Pulau Mabul Semporna Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge