Salam, nak kongsi Makanan Bayi, Baby Irfan dah pun 8 Bulan, Alhamdulillah, setakat ini saya dah pun mengenal pasti apakan Makanan Kegemaran Baby Irfan, banyak juga try and error yang saya lakukan, setakat ini semua makanan yang saya berikan semua boleh Irfan makan, Alhamdulillah.

bubur labu dan kurma

Makanan yang paling top sekali dia suka iaitu makanan Sunnah Nabi, Kurma. Alhamdulillah. Makan gitu je pun memang dia suka, lagi dicampur dalam bubur nasi lagilah bertambah Ummmppp.

Dah suka makan kurma tu, up pulak dengan Labu, memang ngam sungguh-sungguh kat tekaknye, bagi 1 mangkuk pun boleh habis rasanya, tapi saya tak bagi makan sampai 1 mangkuk, takut sebab ruang perut Irfan masih kecil, tak macam kanak-kanak lain, Baby Irfan baru 8 bulan, so slow-slow, jangan layankan sangat nafsu korang yang ghairah nengok anak makan sampai buncit, risau saya! heheee, makan ala kadar sudah, dia lapar lagi bagi lagi. itu cara saya, tapi setakat ini Baby Irfan cuma makan 3x sehari. selebihnya macam biasa menyusu susu ibu.

kurma

Saya pilih jenis Kurma Hadis, lembut dan sedap

pumpkin

Untuk sekali masak, 3x makan, saya hanya gunaka 1 slice sahaja

pumpkin and dates

Ok inilah dia bahan untuk sekali masak (untuk 1 hari), saya dah tak buat stok, coz rasa enjoy masak hari-hari untuk Baby Irfan ^_^

Resepi Bubur Nasi Campur Labu Dan Kurma :-

(Untuk 3x makan)

  • Beras 3 sudu
  • Labu 1 Slice
  • Kurma 5 biji
  • Air

Cara Memasak :-

  • Basuh beras, masak macam nasi cuma air kena banyak, masak sampai kembang, agak-agak nak kering tambahkan lagi air.
  • Masukkan Labu dan Kurma
  • Masak hingga semua bahan bersatu.
  • Sedia untuk dihidang.

bubur labu dan kurma

Sekarang ni Baby Irfan makan bubur dah tak perlu blender lagi dah, yang ni gambar bubur yang dah diblender, tak ambil lagi gambar yang baru, tak ingat sungguh hihihi. ni makan bertambah-tambah juga.

Baby Irfan

Baby Irfan

Gambar seksi, masa kena Demam Campak baru ni

Nanti saya share lagi menu apa yang menarik untuk makanan bayi ni, banyak sebenarnya, mak pak kena kreatif dalam mempelbagaikan menu makanan mereka.

– Mak datukkkkk sibuk betul sampai takde masa ngadap blog -..-“

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

26 thoughts on “Makanan Bayi – Resepi Bubur Nasi Campur Labu Dan Kurma”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge