Salam, Resepi Murtabak Roti nak share dengan sorang Mak Buyung tu, teringin katanya hihihi, senang je nak buat Murtabak Roti ni, bahan nak guna pun senang nak dapat. Daripada membazir buang roti yang dah nak expired tu, baiklah buat murtabak roti ni.
Baru-baru ini stok roti yang tinggal masih banyak, dah tak tau nak buat apa, nak buat puding roti macam jemu lah pulak, roti john pun sama, hemm…fikir punya fikir oleh sikit, buat Murtabak roti hehee, jom layan~
Resepi Murtabak Roti :-
Bahan-bahan
- Roti, saya gunakan (4) roti panjang yang biasa guna untuk sandwich sosej tu, tapi tak kisah roti apa pun boleh
- Daging Ayam kisar 2/4, saya guna daging ramly kisar, sedapp!
- Telur Grade A 2 biji
- Sedikit minyak
- Bawang merah
- Daun ketumbar/daun bawang
- Garam sedikit
- Sos Cili
- Mayonis
Cara Menyediakan/Memasak
- Pukul telur terlebih dahulu, tambahkan perasa, daun ketumbar, daun bawang
- Dalam kuali, masukkan minyak sedikit, tumis bawang dan daging ayam kisar sehingga masak, kejap je pun dah masak sebab isi ayam tu dah dikisar.
- Angkat ayam tadi dan masukkan dalam bekas berisi telur yang dipecahkan tadi, gaul-gaul
- Dalam bekas lain letakkan roti, dan tuangkan telur yang berisi ayam tadi ketas roti dan gaul-gaul
- Panaskan minyak sedikit, bila kuali panas baru masukkan roti yang dah dicampur telur tadi.
- balik-balikkan roti tadi dalam kuali sehingga kekuningan dan masak.
- angkat dan tuangkan sos cili berserta mayonis
- Sedia untuk dihidang.
Senang sangat, proses menyediakan dan memasak tak sampai pun 20 minit, cubalah..sedap tau, dari beli kat luar lagi mahal, isi pun sikit hehee.
ni separuh je, separuh lagi duk dalam kuali ajaib, tak ingat nak snap
Resepi atas ni boleh juga korang pelbagaikan dengan meletakkan sayur campuran, saya tak buat gitu sebab anak-anak tak makan sayur huuuu~.
– Selamat mencuba ^_^
Terima kasih untuk resepi..sy tgh cari resepi ni sebab nak abiskan roti yang expired tu..bakar guna magic pan ke yea??
tutyrahiza recently posted..Atasi Kolesterol Dengan Mudah
mcm mana ? carik2 roti letak dalam bekas ye kak ? haishh tk faham la ..
puanbee recently posted..Beli Kasut Online Di Zalora
bila sebut murtabak.. lama dah tak makan murtabak…
Wan Fauzi™ recently posted..Kenyataan Palsu Menteri Dalam Negeri Mesir Terbongkar
rindunye malaysia… hidup seorang perantau…
Wan Fauzi™ recently posted..Kematian Rakyat Mesir Terus Meningkat
sedapnya roti,huhu..baru lepas sahur dengan telur goreng kosong,sedihh..
fahmimustakim recently posted..Percubaan Pertama
macam roti john pun ada nih.
encik bakul recently posted..Jobdirumah scam ramai orang.
Ni murtabak-nya beda dengan yang ada di Indonesia ya … bagus tuk dicoba di dapur ni resepnya
terima kasih banyak mbak atas sharingnya ya 🙂
Rina recently posted..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPress
thanx resepinya kyan.. walaupun mak buyung itu bukan saya… ehehehe~
Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Tahniah penyanyi rock Hattan nikah semula dengan bekas isteri
Pertama kali melihat murtabak roti. Topingnya tentu sedap dan menjilat jari.
akubiomed recently posted..Bergaya walaupun potong rumput di halaman rumah
saya suka murtabak, sodap
wahh..memang sedap habis la macam ni..
titan recently posted..Senarai Blog Contest yang boleh anda sertai.
Sedapnya… kalau macam ni boleh buka bazar ramadhan nie, mesti rami yang beli
MindaKini recently posted..Ajaib Sungguh Anak Adam
dapat makan nih jer pun dah kenyang nih , tak perlu jamah nasi pun takpe…hehe
papa mifz recently posted..Balik Kampung , Ohoho Balik Kampung
mesti laris waktu berbuka nanti ni, tak yah dah kuih muih lain
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
sesungguhnya baru hari ni saya tau akan kewujudan murtabak roti..hihi
Repain recently posted..TAZKIRAH RAMADHAN : BERSEGERALAH KAMU BERBUKA PUASA
Emmm… Sedapnya… Boleh buat berbuka ni… 😉
Anuar recently posted..Cara Nak Dapatkan Komisyen Berterusan Daripada Hotel Yang Kita Promosikan
wah bagus ni yan, lepas ni tiada lagi orang buang roti begitu sahaja sebab byk resepi boleh dibuat.
ejam recently posted..Sweetnya Anak Papa.
wahh mudahnya nak buat.. tapi perasa tu ajinomoto ke apa kak?
oh dah tulis garam, kalau perasa kang orang letak ajinomoto je tapi garam tak letak pulak kan..ehheee
yanmie recently posted..Resepi Murtabak Roti
nampak mudah simple dan senang.. boleh di cuba ni
MindaKini recently posted..Erdorgan Tetap Tegas Mempertahankan Dr Mursi