Resepi Murtabak Roti

Salam, Resepi Murtabak Roti nak share dengan sorang Mak Buyung tu, teringin katanya hihihi, senang je nak buat Murtabak Roti ni, bahan nak guna pun senang nak dapat. Daripada membazir buang roti yang dah nak expired tu, baiklah buat murtabak roti ni.

murtabak roti

Baru-baru ini stok roti yang tinggal masih banyak, dah tak tau nak buat apa, nak buat puding roti macam jemu lah pulak, roti john pun sama, hemm…fikir punya fikir oleh sikit, buat Murtabak roti hehee, jom layan~

murtabak roti

Resepi Murtabak Roti :-

Bahan-bahan

  • Roti, saya gunakan (4) roti panjang yang biasa guna untuk sandwich sosej tu, tapi tak kisah roti apa pun boleh
  • Daging Ayam kisar 2/4, saya guna daging ramly kisar, sedapp!
  • Telur Grade A 2 biji
  • Sedikit minyak
  • Bawang merah
  • Daun ketumbar/daun bawang
  • Garam sedikit
  • Sos Cili
  • Mayonis

murtabak roti

Cara Menyediakan/Memasak

  • Pukul telur terlebih dahulu, tambahkan perasa, daun ketumbar, daun bawang
  • Dalam kuali, masukkan minyak sedikit, tumis bawang dan daging ayam kisar sehingga masak, kejap je pun dah masak sebab isi ayam tu dah dikisar.
  • Angkat ayam tadi dan masukkan dalam bekas berisi telur yang dipecahkan tadi, gaul-gaul
  • Dalam bekas lain letakkan roti, dan tuangkan telur yang berisi ayam tadi ketas roti dan gaul-gaul
  • Panaskan minyak sedikit, bila kuali panas baru masukkan roti yang dah dicampur telur tadi.
  • balik-balikkan roti tadi dalam kuali sehingga kekuningan dan masak.
  • angkat dan tuangkan sos cili berserta mayonis
  • Sedia untuk dihidang.

Senang sangat, proses menyediakan dan memasak tak sampai pun 20 minit, cubalah..sedap tau, dari beli kat luar lagi mahal, isi pun sikit hehee.

murtabak roti

ni separuh je, separuh lagi duk dalam kuali ajaib, tak ingat nak snap

Resepi atas ni boleh juga korang pelbagaikan dengan meletakkan sayur campuran, saya tak buat gitu sebab anak-anak tak makan sayur huuuu~.

– Selamat mencuba ^_^

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

20 Comments on “Resepi Murtabak Roti”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge