Pulut Durian

Salam, menu berbuka puasa juga ni Pulut Durian, suami teringin nak makan pulut durian, punyalah susah nak cari durian kat klang ni, pergi NSK tak jumpa pulak, last-last ke Giant Bukit Tinggi Klang baru ada, kami beli yang dah siap buang kulit, senang hehee.

pulut durian

Suami beli Durian Musang King, 7 bekas RM100

Oklah kot harganya sebab dah buang kulit, kalau beli yang sebijik tu belum tentu lagi elok dalamnya kan?, yang best makan durian Musang King ni puas sangat, Isi banyak, biji kecil, nyumss…

pulut durian

Pulut Durian atas permintaan suami ^_^

pulut durian

Dulu-dulu masa mula kawin saya terkejut juga, Durian makan dengan pulut?? ataupun mangga dengan pulut?? hihihi jakun, sebabnya di Sabah takpernah lagi mak or sesapa je yang buat makan macam ni. Trylah makan, memang sedap..ngam pulak dengan tekak.

pulut durian

Pulut durian ni dimakan bersama santan, gula ataupun air garam. lain negeri lain cara kot, ni cara mak mertua saya, cara orang kedah.

– Durian ada lagi sikit, nak buat pencicah Roti Jala petang ni ^_^

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

15 Comments on “Pulut Durian”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge