Cara Saya Melatih Anak Berpuasa

Salam, hari ni nak share Cara saya melatih anak berpuasa, alhamdulillah setakat hari ini puasa Haziq masih penuh dan aiman ponteng 2 hari. Alhamdulillah bagi saya ianya satu pencapaian yang agak baik bagi usia kanak-kanak seperti mereka iaitu 6 & 7 tahun.

gelagat anak berpuasa

Gelagat anak saya berpuasa

Bagaimana saya melatih mereka berpuasa? caranya sangatlah mudah dan santai sekali, tak perlu tegas sangat, biar anak rasa enjoy berpuasa, main cara halus punya hehee. Tapi pokok pangkalnya dari ibubapa sendiri, kena banyak sabar melayan karenah anak berpuasa. Jom saya share :-

  • Kejutkan anak untuk bangun bersahur, seeloknya lagi 30 minit habis waktu.
  • lepas sahur tak perlu sambung tidur, terus je solat subuh dengan anak, lepas solat subuh anak akan bersiap-siap untuk kesekolah.
  • Di sekolah sudah tentu tidak boleh makan, kantin buka tapi untuk murid bukan islam.
  • Tengahari anak balik sekolah dah tentu letih, saya faham tapi saya galakkan mereka untuk terus bertahan.
  • Meja makan clear, jangan ada apa-apa makanan diatas meja sebelum masuk waktu berbuka, takut ada yang tergoda nak makan hehee
  • Tengahari minta anak tidur, bila dah tidur badan dapat berehat jadi tak ingat nak makan
  • Saya tak galakkan anak-anak bermain gadget, nanti puasanya hanyalah untuk gadget, maksud saya disini, nak puasa je kalau diberi gadget..saya tak nak macam tu!.

meja makan

Tidak boleh ada makanan diatas meja, nanti anak teringin nak makan!

Bila lapar saya ajar anak cakap macam ni :-

“Ya ALLAH, saya lapar tapi saya sayang ALLAH, saya nak puasa Ya ALLAH”

Jadi tiap kali saya dengar anak-anak menyebut ayat diatas, saya tahu mereka sedang menahan lapar heheee. Sekarang ni alhamdulillah dah tak dengar mereka ulang ayat diatas, maknanya mereka dah boleh menyesuaikan diri dengan berpuasa, alhamdulillah.

Anak-anak cakap :-

Ibu…sekarang ni dah tak lapar macam masa mula-mula, seronoklah..

Saya cakap :-

Alhamdulillah, sebab tu kena banyak sabar, itu salah satu tujuan untuk kita berpuasa.

Dalam melatih anak berpuasa ni, kita kena banyak bercerita tentang kebaikan berpuasa, apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan sehingga membatalkan puasa.

Dan Untuk menu sahur dan berbuka kami ala kadar sahaja, saya tidak mengajar anak untuk makan mewah-mewah dibulan puasa mahupun membazir kerana tujuan kita berpuasa adalah untuk menahan diri dari segala hawa nafsu dan tidak membazir, dan alhamdulillah anak-anak faham dan tidak merungut tentang menu bersahur dan berbuka.

Jadi anda pula bagaimana?, jom kongsikan cara anda melatih anak-anak berpuasa ^_^

p/s – Komen selepas pukul 8 malam akan hilang, saya pindah server petang ni.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

19 Comments on “Cara Saya Melatih Anak Berpuasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge