Salam, Alhamdulillah tak lama lagi dah nak Puasa, tak terasa  cepatnya masa berlalu. Pastinya drama sempena ramadan ni semua best-best, antara drama yang dinantikan iaitu Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3, layan jom Sinopsis Ramadan Yang Hilang dulu.

sinopsis ramadah yang hilang

Sinopsis Ramadan Yang Hilang Samarinda TV3

Drama Ramadan Yang Hilang Mengisahkan tentang konflik diantara dua orang adik beradik iaitu Zafirah dan Delisha, Delisha merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah, Delisha selalu mendapat lebih perhatian dan kasih sayang berbanding Zafirah yang mana merupakan anak kandung ibu bapanya sendiri iaitu Zubir dan Saadiah sehinggakan Zafirah begitu terasa tersisih.

Delisha sering didera emosi dan fizikal oleh bapa tirinya sehinga dia menjadi kanak-kanak yang murung, malahan Delisha jauh ketinggalan dalam pelajaran kerana selalu ponteng sekolah dan tidak serius.

Berlainan dengan Zafirah, merupakan seorang kanak-kanak yang periang dan bijak dalam pelajaran, Zafirah bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang diberi oleh ibu bapanya. Tidak lama selepas itu semuanya kehidupan Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh ibu bapanya.

Zubir selalu menasihatkan dan mengingatkan Zafirah agar melayan Delisha dengan baik serta menganggap Delisha sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya.

Apakah kesudahannya?? sama-sama kita saksikannya nanti, tak sabar ni!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

3 thoughts on “Sinopsis Ramadan Yang Hilang Samarinda TV3”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge