Salam, Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas, dah 2 hari anak-anak saya tak bersekolah, sekolah ditutup ekoran Index Pencemaran Udara IPU yang tidak sihat dan berbahaya. Hari ini setakat pukul 7 pagi tadi Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara – IPU Jerebu 25 Jun 2013 Malaysia mencatatkan Pelabuhan Kelang dengan bacaan 487 berbahaya. Jadiknya rehat dirumah sahaja, tutup pintu, tingkap, bau asap kuat~

jerebu di pelabuhan kelang

Gambar #nofilter setakat pukul 7.30am tadi.

Setakat ini hanya sekolah dikawasan Pelabuhan Kelang sahaja ditutup ekoran bacaan IPU yang sangat tidak sihat dan berbahaya.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, kawasan yang mencatatkan Index Pencemaran Udara melebih 250 boleh ditutup dengan memaklumkan dahulu kepada Kementerian Pelajaran, manakala sekiranya bacaan 300 dan keatas, sekolah wajib ditutup berikutan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Dan sekiranya Bacaan tersebut dibawah 250, sekolah perlu dibuka semula.

Jadinya kita sebagai Ibubapa ni kenalah peka dan mengambil tahu tentang isu semasa ni. Nasib baik jugalah Cikgu anak-anak ni prihatin, menghantar sms memaklumkan tentang cuti sekolah. Hemmm bila lah agaknya masalah jerebu ni nak baik, ni dah cuti 2 hari, jenuhlah nak buat sekolah ganti nanti.

– Hari ini akan diadakan Solat Sunat mohon Hujan di Masjid Negara selepas waktu Zohor~

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

8 thoughts on “Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas”
  1. memang bahaya sekarang ni kak yan kalau bagi anak gi sekolah .. takut anak yg ada masalah asma akan bertambah parah.. dengar cerita hari ni dekat johor hujan turun dengan lebat.. doa2 supaya KL dan selangor pun diturunkan hujan..
    myvitrd recently posted..Fakta Kemuflisan di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge