Baby Irfan Pun Kena Calit

Salam, baru ni kan gi mengundi, so seperti yang semua maklum, jari kena calit dengan Dakwat Kekal, jadinya saya juga tidak terkecuali, seronok sebab ini adalah Pengalaman Pertama Kali Mengundi. Nak dijadikan cerita, bukan jari saya je yang kena calit, muka Baby Irfan pun kena calit heheee~

baby irfan

Heheee saya sedar yang muka Baby Irfan terkena Dakwat Kekal masa nak turun dari kereta, kami melawat adik di Kem PLKN petang hari mengundi tu, punyalah kelakar tengok muka Baby Irfan hahahaa..adehhh sayang maafkan ibu ye, tak sengaja.

baby irfan

Baby Irfan ni masih lagi fully breastfeed, jadi macam biasa tangan saya akan menahan dari hidungnya tertutup dengan baju maknye. tah macam mana boleh pulak lupa yang jari tadi kena calit dan secara tak langsung terkena sedikit pada muka Baby Irfan *sikitlah sangatkan..hahhaa*  -..-“

baby irfan

Dah cuba tonyoh dengan tisu basah, air pun masih sama juga, 2 hari jugalah Baby Irfan muka macam tu heeee sian anak ibu, tapi takpe still comel ahaks!

– hari ni dakwat kekal di jari ada lagi sikit dihujung dan celah-celah kuku.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

19 Comments on “Baby Irfan Pun Kena Calit”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge