Salam, sekarang ni misi untuk Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu nampaknya kecundang, manakan tidak, dia langsung tak nak menyusu menggunakan botol susu, tengok botol susu pun dia bulatkan mata konon tanda protes hahahaa. Bukan taknak bagi dia direct feeding, nak ajar dia sebab lepas-lepas ni maybe akan tinggalkan dia, yelah kot-kot ada orang nak panggil meeting projek juta-juta kan…hahahaa
Tapi nampaknya usaha tersebut tidak membuahkan hasil, ohhhh kecundang sungguh, bukannya saya nak bagi dia minum susu formula pun, dia masih tetap minum susu ibu cuma bezanya menggunakan botol susu, jadi kalau pandai menyusu guna botol tu nanti senanglah nak tinggalkan dia kejap kan..tapi…ohhh pening kikiki
Dulu masa umurnya tak sampai sebulan ada juga saya bagi dia minum susu guna botol tu, ok je pun, tapi bila dah lama-lama tu tak pam susu ibu dan tak bagi dia guna botol susu, dia jadi lupa dan keliru kehkehkeh.
Magnet…tak boleh berpisah ^__^
Apa nak buat ni?? ada cara tak? meh bantu saya siapa yang ada pengalaman macam ni.
Hehe..ajar kak yan..jangan tak ajar..nak tinggal kekgi senang..mcm anak saya, jarang ajar dulu..susah sikit nak tinggal g mana-mana..tunjuk botol merengek lalu..haha
Hafizul recently posted..Pendapatan Kelima Dari Jobdirumah
x de pengalaman..hehehe
Sara recently posted..Inilah Sunnah Rasullullah Ketika Bangun Tidur
Comelnya dua menyusu.. minum byk2 bagi besar cepat
Travel-Zoom recently posted..How to Book Cheap Flights – Know Some Easy Secrets to Book the Cheapest Flight
Sama la k.yan..huhu..tngah ajar baby isap botol gk..sbb ada dpt inteview kje..cane nk tnggal..xmau2 isap gak..xsmpai ati tgk dia nangis..
eqa recently posted..Pengalaman Bersalin Secara Operate Atau Caesar… Part 2
irfan dah tau beza tu..yg dia x mau tu…
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Wordless Wednesday : Si Oren Oscar
budak-budak pun dah pandai dahh..
titan recently posted..Pernah Tak? – Part 1
Dia nak ikut gi meeting juta-juta la tu kak. Hihi
Puan Bardboo recently posted..Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah
dah besar baby irfan dah boleh beza yg ori dan yg tak. pelan-pelan insyaAllah k yan berjaya nanti.
Denaihati recently posted..iPad Mini Rezeki yang tidak disangka-sangka
Irfan bijak…tahu beza yg mana asli n yg mana tiruan….ada juga baby yg survive kt runah bs minum susu guna picaragi atau cup je….sbb reject botol….
syamila recently posted..Kebaikan Susu Ibu
Susah juga nak ajar anak dengan botol susu nie.. kalau dah start menyusu umuer 2 3 thn pon ssh nak berenti…
Cahaya Purnama recently posted..Tips Awet Muda
Semasa ada anak kecil dahulu ada di berikan air suam mengunakan botol selain menyusu badan. Jadi tidak ada masalah untuk perkenalkan botol susu.
akubiomed recently posted..Lesung kayu semakin dilupakan
saya xda pengalaman, hehehe
Juan recently posted..Skim Cepat Kaya – Antara Pengalaman dan Pengajaran
Mungkin puting botol susu tak sesuai dgn irfan kot, teringat anak bongsu asa baby, jenuh tukar brand puting botol susu, last sekali nak jugak .. hehehe
anastasyea recently posted..Senarai Semak Pendaftaran Online Murid Tahun 1
tak de kak , selama ni tk pernah perah susu letak dlm botol ngee
puanbee recently posted..Promosi hosting , sekuriti wordpress dan pembangunan theme wordpress
Ok xpe hihi 😛
Comel je irfan…montel….~?^_^?~
syamila recently posted..Kebaikan Susu Ibu
Mujur tang montel tu Irfan je hehehe
Hari2 kena consistent bg pada masa yg sama…kena kuat smgt la tgk baby nangis…k sya tk thn…mengalah…tawakkal je hantar rumah bs…nasib baik bs pandai…peluk baby dn sua botol..dekat 15 minit nangis baru la nyusu….lps 2-3 hari baru ok…
syamila recently posted..Hari Wanita Sedunia
Nie mengalah sebab tak sampai hati nak dengar dia menangis huhu, ok nanti try lagi…kena banyak sabar ni
Nak ajar minum dlm botol better bagi org lain ajar.. lebih effective…tk pun blh cuba botol susu yg sama cam df…
syamila recently posted..Hari Wanita Sedunia
yeker kak?, botol susu yg ada mcm df juga, tapi dia tak nak huhu
anak saya terbalik pulak.. sejak dari awal2 dah bagi susu badan yg diperah masuk dalam botol.. tak maudah susu direct.. dia buat2 muntah bila nak bagi direct.. hehehe
Myvitrd recently posted..Sesi Terjah Makanan Nasi Arab di Restoran Hira’a Balik Pulau Penang
heheee tapi takpe wife kerja kan, so takde masalah. buat2 muntah padahal sama je pun rasa susunya, bezanya kaedah aje 😀