Salam, hari ni saya nak kongsikan Resepi Lobak Putih untuk menambah air susu ibu, Petua Banyakkan Susu Badan ini saya google dan bertanya dari rakan-rakan yang rata-ratanya berjaya dalam memberi penyusuan susu ibu kepada bayi mereka.

lobak putih1

Antaranya yang paling mujarab untuk menambah air susu ibu iaitu dengan mengamalkan memakan lobak putih, ini kerana kandungan khasiat yang tinggi terdapat pada lobak putih tersebut.

lobak putih2

Bau lobak putih ni tak berapa nak sedap, nak makan lagilah tak lalu, so kena kreatif dalam memasak sayur lobak putih tersebut, macam-macam juga cara masak lobak putih yang saya buat, mula-mula memang susah nak masuk dalam mulut, tapi ngenangkan niat nak nyusukan Baby Irfan dengan penyusuan esklusif, saya telah jugalah sayur yang tak berapa nak best kat mulut ni. Tapi serius mula-mula je rasa tak berapa nak ok, maybe sebab tak biasa kot, lama-lama tu ok dah lali dengan rasa lobak putih tersebut, demi anak ku makan jua wuwuuu~

lobak putih3

Lobak Putih ini saya masak bersama sayur sawi yang juga dipercayai mampu membantu dalam meningkatkan pengeluaran Air susu Ibu, di tambah dengan ikan bilis serta bawang, ianya di tumbuk bersama dan ditumis, kemudian masukkan sedikit garam dan bolehlah dinikmati bersama nasi panas-panas.

lobak putih4

Yang ni saya buat ulam, rebus lobak putih dan cicah dengan sambal kicap, ok juga boleh tahan rasanya, maybe sebab pencicah tu yang sedap hihihi so secara automatik boleh telan lobak putih tersebut.

Bagi saya, apa pun kena kreatif dalam menyediakan/memasak, kalau tak memang tak makanlah lobak putih ni huhhuu.

image

Antara petua lain dalam memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu :-

  • Kerap susukan bayi, semakin kerap semakin banyak penghasilan susu ibu
  • Jangan tunggu susu ibu penuh, pamkan sahaja susu ibu 2-3 jam sekali bagi tujuan mengosongkan payudara, dan penghasilan susu baru akan terjadi secara semulajadi.
  • Berurut
  • Minum Air Masak sebanyak yang mungkin
  • Makan Kurma
  • Kacang tanah, badam
  • Bunga Melur dan Pucuk Manis, giling dan sapukan di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
  • Mengambil Supplement

Dan banyak lagi cara untuk menambahkan susu ibu, sila google…ada banyak perkongsihan yang rakan-rakan kita buat. InsyaALLAH kita cuba usaha, yang baik datangnya dari ALLAH SWT.

irfan

Baby Irfan – 29 Hari ^__^

– Alhamdulillah Rezeki Buat Baby Irfan, Susu Ibu semakin banyak, syukur.

* Jom kongsikan cara anda untuk memperbanyakkan pengeluaran air susu ibu (untuk kaum ibu sahaja) 😀

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

30 thoughts on “Resepi Lobak Putih – Petua Banyakkan Susu Badan”

  1. Maklumat yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

    Muhammad Akbar bin Abdullah recently posted..7 Tips Rawatan SenggugutMy Profile

  2. Salam Yanmie..

    Sebelum ni Noniey pernah dengar Lobak putih ni masak sup.. First time dengar orang rebus n cicah kicap.. Kreatif sungguh Cik Kak nie..hukhuk.. Boleh cuba nieh..

    Ni resepi Noniey masak lobak putih, Tumbuk bawang merah+lada hitam+ikan biis.. renihkan atas dapur bersama lobak putih.. Sedap juga…

    Semoga kita berjaya menyusukan anak dgn jayanya… Amin..
    Noniey recently posted..I ♥ BREASTFEEDING; Harapnya Berjaya susukan anak sehingga 2 tahun.. AminMy Profile

  3. Salam Yanmie…

    Sebeleum ni Noniey just tahu Lobak putih tu masak sup jerk.. Ni first time dengar lobak putih rebus cicah kicap.. yummy2…
    resepi Noniey ; Tumbuk bawang merah+lada hitam n ikan bilis dan renihkan bersama lobak putih.. pun sodap.

    Semoga kita semua berjaya penyusuan susu ibu nie.. Amin..

  4. myza penh buat asam pedas ikan kembung buh lobak putih ni
    Boleh tahan sedap..lama2 dh biasa makan buat ulam je.rngup n berjus hehe
    janji ada sambal laju je telan dgn nasi panas..

    cara lain utk tmbh susu: makan supplement .mcm cara myza air masak,vit e,alfafa,oste,susu soy (shaklee) dgn jamu asi n fenugreek(halba) ..selebihnya doa insyaAllah 🙂

  5. masa mengandung saya amalkan membaca surah Hujurat. alhamdulillah..masa anak sulung, bf sampai umur 4+ tahun. mudah-mudahan untuk anak ke-2 (baru masuk setahun) pun dapat rezeki yang sama.

    boleh baca entri Amalan Baik Yang Patut Diamalkan Ketika Mengandung – http://www.ciklaili.com/2011/06/amalan-baik-yang-patut-diamalkan-ketika.html

    bab makan & minum pula, saya amalkan makan makanan yg berkhasiat & minum minuman yang bersusu seperti milo & horlick.
    ciklaili.com recently posted..Menu Masakan SuamiMy Profile

  6. Norfa pernah buat jus lobak putih.
    Mula-mula try letak gula…pergghhh…rasa dia kemain la sgt tk sedap. second time try lagi letak lebih sikit gula dgn harapan manis la sket..tapi sama jgk rasa tak enak.
    kali ketiga try letak susu pekat. yg ni baru best skit. lagi best letak dalam peti sejuk. minum sejuk2. sodap! lepas blend dgn ais batu dan susu. tos hampas dia amik air je. layan jugak lah.

    norfa kalau masak dgn sayur tu boleh telan jugak! tp tak pernah rebus lagi cicah ngn sambal tu. nanti boleh torai. heh.
    Cik Norfa recently posted..Berita-berita yang menyenangkan hati seorang aku.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge