Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Salam, syukur alhamdulillah diberikan kesihatan, cuma lately tak berapa nak sangat “online”, mood nak masuk dalam sarang aje ni kikiki, tak sabar menanti kelahiran anak ke 3, insyaallah. Untuk anak ke 3 ini, saya berniat ingin memberikan penyusuan secara eksklusif kepada baby nanti, jom saya kongsikan Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi.

kebaikkan penyusuan ibu

Subahanallah, tengok tu..banyaknya kebaikkan susu ibu

Even ini adalah anak ke 3, tetapi saya masih kurang lagi ilmu bab-bab penyusuan susu ibu ini, Insyaallah kali ini dengan izin Allah, saya ingin memberikan susu badan sepenuhnya kepada anak yang bakal lahir ini (Penyusuan secara eksklusif), insyaallah.

botol susu avent terbaru dan breast pump avent

Botol Susu dan Breast Pump saya dah beli siap-siap untuk sebarang kemungkinan, takut dalam pantang nanti ada masalah dengan penyusuan susu ibu, jadi apa salahnya kalau sediakan awal-awal, kalau baby tak nak “Direct feeding” pun atleast boleh pump susu dan masukkan dalam botol, betul tak?, memang nak baby menyusu badan sepenuhnya kali ini, taknak sia-siakan apa yang telah Allah S.W.T berikan, baby wajib mendapat haknya, tapi andaikata sebaliknya, saya redha dan terima aje, mudahan tidak ada masalah dalam penyusuan.

botol susu avent terbaru dan breast pump avent

Saya tahu bukan mudah untuk menanam semangat seperti ini, tidak ramai ibu-ibu diluar sana yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu kerana faktor masa dan keadaan, ini kerana ramai ibu-ibu yang berkerjaya diluar sana.

Dan kagum juga ada sesetengah ibu yang berkerja mampu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, dengan menyediakan stok EBM untuk anak, siap boleh curi-curi masa untuk mengepam susu untuk si anak, kagum bukan?? terasa ruginya bila nak kenangkan masa-masa lalu tak dapat nak susukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, kerana masa itu saya sedang berkerja dan semangat tidak kental, sebenarnya boleh cuma atas individu tertentu antara nak dan tak nak aje.

Baru ini kami pergi Reunion Di Melaka, antara topik yang dibincangkan oleh kaum ibu adalah tentang penyusuan anak, saya kagum dengan Ibu beranak 4 ni (suaminya sekelas dengan suami dulu dan sekampung), dia merupakan seorang guru, anak-anaknya semuanya menyusu badan sepenuhnya selama 2 tahun, dan yang bongsu berumur 1 tahun 2 bulan kalau tak silap, still lagi masih boleh susukan bayi dengan susu ibu dengan menyediakan stok EBM untuk anaknya, disekolah pun dia boleh ambil sedikit masa untuk pam susu, kagum bukan??, tetapi satu jelah masalahnya, tak semua orang faham katanya, asal pergi pam susu mesti orang ingat saje nak curi tulang, kalau semua orang berfikiran macam ni, memang tak mustahillah ramai ibu diluar sana yang “terpaksa” memberikan Formula Milk untuk anak, betul tak???, mujur jugalah dia kuat semangat, kalau saya dah luntur semangat tu uhukkk, sebab tu saya kata, benda ni atas masing-masing, kalau nak betul-betul memang boleh je buat.

ebm stock

Gambar Kredit : SINI

Now walaupun saya tidak berkerja, Insyaallah saya ingat nak buat juga stok EBM, kot-kotlah saya terpaksa tinggalkan anak, atau saya tak sihat ataupun shopping kat luar, sekurang-kurangnya baby masih boleh menyusu badan dengan stok EBM tersebut, Insyaallah, lagi pulak sekarang ni dah ada jual portable milk warmer.

– Tengah Survey botol/plastik untuk EBM ^__^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 Replies to “Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

  1. sebelum ni kak sya suri rumah…alhamdulillah dapat fully breastfeeding kakak sampai 3 thn lebih…kiranya dekat 4 tahun tanpa perlu simpan stok…sepanjang tu alhamdulillah kesihatan ok…

    sekarang ni dah kerja…terpaksa la buat stok EBM…malam2 kena bersengkang mata pam susu….20 bulan lagi perjuangan untuk bf husna….perjalanan masih jauh tu….

    tak sabar nak tengok baby baru…hikhikhik
    syamila recently posted..Diari Adik HusnaMy Profile

  2. insyallah. Kalau memang dah berazam nak menyusukan dan teruskan bagi esp. direct feeding masa dari awal kelahiran, mmg boleh menyusukan anak secara eksklusif sampai 6 bln dan teruskan sampai 2 thn. Pemakanan perlu dijaga dan mental ibu kena kuat. SY sendiri alhamdulillah berjaya BF ketiga2 anak sehingga 2 thn walaupun bekerja.

  3. Terima kasih di atas perkongsian info.. Semoga segala urusan puan dipermudahkannya..

    Susu ibu sememangnya baik untuk bayi.. Kedua-dua anak saya berjaya mendapat susu ibu, walaupun isteri saya seorang yang bekerjaya.. Aank saya yang kedua menyusu begitu lama, sehingga berumur 2 tahun 5 bulan pun masih menyusu.. naik rimas isteri saya dibuatnya.. 😉
    Anuar recently posted..Menjadi Juara SEO Dan Rahsia Kejayaan Penulis BlogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge