Salam, baru-baru ni saya ada buat Kuih Bakar Untuk Minum Petang, 1st time buat kuih ni, boleh tahan jugaklah rasanya, resepi saya ambil dari internet, google aje ye, dah lupa sumber utama resepi ni huhuhu, tapi nak buat tu mudah sangat-sangat, bahan pun tak rumit mana nak cari, pendek kata bahan memang kebiasaannya ada kat rumah.
Antara bahan yang digunakan seperti diatas, tapi saya buat ni tak berapa nak manis pulak, sebab gula tu duk main agak-agak aje, mujurlah saya tabur coklat rice diatas kuih bakar ni, dapatlah menambah rasa manis dalam kuih bakar ni, next time kena tambah lagi sedikit gula hihihi. Tapi myhero-hero tak komplen tu, maybe manis tu dah sesuai dengan citarasa diorang…saya pulak yang tak berapa nak rasa manis hahahaaa, maybe sebab pembawaan budak kot, coz since preggy anak ke 3 ni, saya memang gemar memakan makanan yang manis-manis huhuhu, mujurlah tak kena penyakit kencing manis semasa mengandung ni, syukur.
Cara membuat Kuih Bakar :-
Campurkan aje kesemua bahan-bahan (dalam gambar) tersebut dan blender sehingga sebati, oh ye marjerin letak 2 sudu besar ye, dan daun pandan diblender dahulu dan diambil patinya, pati daun pandan yang dalam mangkuk putih kat dalam gambar tu.
Dah siap blend tapiskan dan tuang kedalam loyang pembakar, sebelum tu oleskan loyang dengan marjerin agar tidak melekat dibahagian bawah kuih tu nanti.
Bakar dalam suhu 180 darjah dalam masa 40 minit, dan agak-agak bila kuih tersebut dah mula nak masak barulah taburkan coklat rice tersebut.
Senang aje kan nak buatnya?? dan inilah hasilnya~
Makan sejuk-sejuk memang best~
Budak yang tak berapa nak kecik ni duk puji-puji sedap hihihi, bab memuji memang serah ke dia kikiki, pandai betul dia amik hati ibu 😀
– Rasa macam dah sarat sangat, tak larat dah nak buat meriah-meriah~
*Pictures taken from iPhone 4s
nampak pun da tau sedap… cuma mcm tak pernah rasa kot.
kayna recently posted..Ada apa dengan Kuantan?
makan pagi-pagi pun sedap jugak ni. kena plak dengan kopiii..
titan recently posted..Sana contest, sinipun contest..
x pernah lagi makan kuih ni, tp nmpk sedap jer
Juan recently posted..Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012
Aroma pandan tu yang sedap,dah boleh buat bisnes jual kuih ni kak
wazy recently posted..Wordless Wednesday #40
ya Allah kak nampak sedap sgt.. nak cuba la nti.. nmpak senang je nk bt
dysha sahhir recently posted..perempuan ini paling cantik!!
pasti sedap hingga menjilat jari nih…:)
papa mifz recently posted..Lakaran Design Kabinet Dapur
aroma pandan sampai di sini…heee. nak jual pun boleh ni.
Denaihati recently posted..Taubat Ku Taubat Nasuha – Episod 2
berniaga cara online plak. hehe
Ekspresi Ruang recently posted..Dekorasi Ruang Tamu: Tips Pemilihan & Penyusunan Sofa
Yummy! sedap kuih bakar tu… rasa mcm senang jer buat… hehehe
Noorikmal recently posted..Prank Hantu Dalam Lif Yang Kejam
Yummy.. Sedapnya kuih bakar ni.. 😉
Anuar recently posted..WW : Senarai Homestay di Perak
creative la…siap ada coklat rice lagi tu…rajin betul!
cindyrina recently posted..Seoul – Street Snacks
Kalau ikutkan nak buh macam2 lagi kat kuih tu, tapi takut jadi lari konsep ler plak hihi, tu letak coklat rice sebab nak bagi anak makan banyak, budak2 ni suka kalau ada coklat rice atau coklat cip, memang laris lah 😀
yanmie recently posted..Resepi Kuih Bakar Untuk Minum Petang
Nampak lain. Ini kuih Bakar moden ker?
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # pandangan kosong
Moden lah kot bakar kat oven hehee, actually kuih ni atas pilihan kita nak atas dan bawa kuih tu agak hangus/garing sedikit kena bakar lebih masa biar sampai agak garing dan berkedut2, sbb saya plan nak letak coklat rice tu so bakar sampai masak aje, xbiar sampai garing/hangus 😀
yanmie recently posted..Resepi Kuih Bakar Untuk Minum Petang
Patutlah cari bahagian tepi yang garing tak jumpa. Part garing yang nikmat. 🙂
akubiomed recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak
kena cuba garingkan pakai teknik creme brulle. pakai torch layur kat layer atas. huhu
Ekspresi Ruang recently posted..Dekorasi Ruang Tamu: Tips Pemilihan & Penyusunan Sofa