Salam, hujung minggu ni Kemas Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital nanti, barang maknye takpe sumbat je apa yang patut heheee, ni kemas pun sebab en.hubby duk asyik tanya je dah kemas ke belum barang nak bawa gi hospital nanti nnggee~

baby stuff

Maklum ajelah perut pun dah start sakit-sakit, insyaallah dalam masa lebih kurang sebulan jika diizinkan oleh-NYA, lahirlah seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi ini, kejapnyaaa masa berlalu kan? hiks berdebarnyeee heeee.

So dah kemas barang-barang baby ni, sempat juga saya buat checklist ^__^

baby stuff

  • Baju baby 4 helai – lengan panjang 1, lengan pendek 2, newborn baby romper
  • Blanket 1x
  • Tuala mandi 1x
  • Saputangan 1x
  • Barut (binder) 1x

baby stuff

  • Mitten & Booties
  • Stokin newborn
  • Topi

baby stuff

  • Pampers 10 helai, biar lebih hehee
  • Mandian & Wangian
  • Tisu Basah

Tu jelah kot barang keperluan untuk si baby di hospital nanti, tak perlu bawa banyak sangat, nak pergi bersalin aje pun bukannya nak pi bercuti hehee, kalau barang tak cukup suh je hubby balik ambil, 10 minit je dari rumah, tapi rasanya memang dah cukup sangat barang-barang kat atas tu,  lagi pulak kalau ikutkan yang sebetulnya tak bawa set mandian pun takpe kot sebab baby nanti diorang tak mandikan *dulu lah, sekarang tak tau* heeee~

Ok Barang keperluan untuk si Ibu pulak~

  • Buku Merah (buku ibu mengandung), IC
  • Blouse & Skirt Labuh 1 helai untuk pakai time nak balik
  • Kain Batik 2x *kotlah perlukan nanti*
  • Pad 6-10 helai, bawa lebih takpe, ringan je hihihi
  • Maternity Panties 4-6 helai dah memadai, nak senang bawa yang pakai buang punya, tapi saiz saya susah nak cari kot hahaha
  • Nursing Bra dan nursing pad 2x
  • Tuala mandi 1x
  • Set Mandian/bedak/sikat/deodorant
  • Selipar *tak bawa sebab pakai sandal je*
  • tudung 2x
  • Charger handphone/ipad *Takde lah bosan nanti*
  • Gelas + Milo 3 in 1/biskut *bosan2 layan tu pun sedap jugak*

Dah alang-alang tu, Ok Barang keperluan untuk si Ayah pulak~

  • DSLR untuk rakamkan gambar fresh si baby
  • Dokumen peribadi untuk urusan pendaftaran/keluar wad

See barang keperluan si Ibu yang terlebih banyak ni hahahaaa, barang baby tu sikit je, muat dalam 1 beg galas aje pun hihihi.

*Pic taken from iPhone4S

– Ada apa-apa tambahan lagi tak ye? ke ada list atas yang tak perlu untuk dibawa?

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

33 thoughts on “Checklist Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital”
    1. hheee hari tu xdan bawa apa2 masuk labour room, coz emergency czer, guna spital punya semua, lepas baby lahir baru pakaikan baju baby sendiri, pempes pun rasanya kalau xbawa xpe sebab diorang bagi goodies dari drypers, huggies, pet2..macam2 lagi..tapi tengok spital jugak kot, tapi biasanya diorang bg.
      yanmie recently posted..Penkek Vanilla ComelMy Profile

  1. maternity pad ker dlm list tu?
    igt lagi wife ejam pakai yg pad bertali tu katanya sesuai utk org baru bersalin sebab lebar dan besar.

    nanti yan jgn lupa cakap nak susukan baby susu badan yer.
    syukur sangat2 time sambut haq dulu doktor dan nurse terus bagi haq kat wife untuk susu badan.

    1. yep maternity pad, insyaallah memang nak susukan anak sepenuhnya, biasanya lepas bersalin, lepas jahit2 semua tu misi akan bagi baby pada ibu untuk disusukan. bukan time sakit kena jahit time tu diorang nk bg baby susu, dah setel diorang akan beri baby terus pada ibu untuk disusukan.
      yanmie recently posted..Adam Dan Hawa Episode 56My Profile

  2. semuanya dipermudahkan yea…amin…

    first time peluk baby rasa bahagia sgt…husna dulu sarung tangan dan sarung kaki tak padan, ketat…cian dia…sbb montel…nasib bawa yg besar sket…hik3….
    syamila recently posted..Mini Zoo KuantanMy Profile

    1. Lama betul akak tak bersalin bee hahaha mana nak tau sekarang diorang mandikan baby. elok gak ler sedap sikit nak cium baby nanti heheee 😀

      yep baju, lampin tu memang 2 benda je diorang minta, blanket diorang guna diorang pnya, tapi takkan tak bawa plakkan, nnti anak nak selimut apa balik nanti, kesejukan wooo

      DSLR wajib insyaallah 😀
      time anak-anak dulu snap guna handset nokia cokia je, xclear heheee 😀
      yanmie recently posted..Checklist Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di HospitalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge