Salam, bulan lepas saya ada ke klinik untuk rawatan Ibu Mengandung, macam biasa bagitahu apa yang tak kena dengan badan, saya mengadu bahawa jantung berdegup dengan kencang, doktor pun risau dan doktor ada buat ujian ECG keatas saya, dan inilah Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram), Ujian ECG ini adalah untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia, penyakit jantung struktur atau keabnormalan ritma degupan jantung.

ecg

Apakah Elektrokardiogram?
Elektrokardiogram (ECG) ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.

Terkejut juga bila doktor cakap yang saya kena buat ujian ECG tu, dalam hati apakebendanye lah ECG ni, naik cuak juga, saya pergi ke jabatan kecemasan di Klinik, kemudian nurse suruh saya baring dan rileks aje, 12-ECG elektrod diletakkan di posisi standard pada dada dan kedua-dua anggota bahagian atas dan bawah, memang berselirat badan dengan segala wayar.

ecg test

Ha macam ni lah yang dilakukan, *google img*

kejap aje pun ujian ni, dalam hati berdoa agar semuanya baik-baik sahaja, dan hasil ujian adalah Normal, Alhamdulillah. Tetapi doktor menasihatkan saya agar lebih banyak berehat, selepas ini sekiranya terjadi lagi, doktor akan melakukan lagi sekali ujian ini.

Mari saya kongsikan serba sedikit tentang ECG (Elektrokardiogram) :-

Elektrokardiogram memberi anda maklumat tentang:

  1. Kehadiran penyakit jantung iskemia. Ini sangat berguna untuk pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau sedang menderita sakit dada. Ia adalah ujian asas yang bagus untuk perbandingan pada masa hadapan. Ia adalah sesuatu yang normal untuk pesakit jantung.
  2. Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung.
  3. Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

Siapakah yang patut menjalani prosedur Elektrokardiogram?

* Secara umumnya, ujian ini disyorkan untuk individu-individu tertentu dengan:

1. Tekanan darah tinggi
1. Penyakit injap jantung, contohnya deruan jantung
3 Penyakit jantung kongenital (penyakit yang ada sejak lahir)
4. Debaran jantung
5. Tidak sedar
6. Sukar bernafas

Apakah yang terjadi selepas Elektrokardiogram?
Pada akhir ujian, keputusannya akan dibincangkan dengan pakar perubatan anda.

Apakah yang dimaksudkan apabila Elektrokardiogram saya abnormal?
Keputusan yang abnormal akan dibincangkan secara terperinci dengan pakar perubatan anda. Keputusan tersebut mungkin tidak memerlukan penjelasan lanjut atau ujian lain bagi menjelaskan puncanya atau mengesahkan penyakit yang disyaki.

Adakah Elektrokardiogram yang negatif bermakna saya bebas daripada penyakit jantung?
Elektrokardiogram yang tidak bergerak mungkin bukan satu penilaian yang sangat sensitif dalam kes penyakit jantung tertentu, contohnya penyakit jantung iskemia, terutamanya jika tiada insiden serangan sakit jantung terdahulu. ECG yang normal menandakan kemungkinan penyakit jantung teruk atau serius berkurangan tetapi ia tidak menidakkan langsung penyakit jantung. ECG memberi maklumat tambahan selain daripada yang diperoleh daripada sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal dan ujian-ujian lain. Ia akan membantu pakar perubatan anda membuat diagnosis klinikal dan keputusan yang berkaitan dengan kesihatan anda.

Sumber : Lifecare

– Rasa berdebar ini mungkin sahaja disebabkan oleh pembawaan anak *sedapkan hati*

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 thoughts on “Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram)”
  1. Assalamualaikum, kami ada penyelesaianya.

    JUS SIHAT berupaya menghindari sebarang:

    ? penyakit jantung
    ? kolesterol
    ? jantung tersumbat
    ? aliran darah tidak teratur (darah tidak lancar)
    ? masalah darah tinggi
    ? rentak jantung tidak teratur
    ? dada sentiasa berdebar-debar
    ? sakit dada
    ? stroke (angin ahmar)
    ? angin yang byk seluruh badan
    ? masalah kelesuan
    ? menyembuhkan gout
    ? salur darah yang tersumbat
    ? penghadaman yang tidak lawas
    ? masalah kahak
    ? masalah lemak badan
    ? masalah sakit kepala dan badan
    ? masalah berat badan berlebihan
    ? buasir
    ? dan pelbagai lagi manfaat Jus SIHAT!

    Mengandungi 100% ramuan semulajadi yang asli iaitu Bawang Putih, Halia, Limau, Cuka Epal dan Madu Asli.

    ???? TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG BAHAN PENGAWET.
    ???? PRODUK ADALAH PEKAT DARI EKSTRAK 5 BAHAN DI ATAS DAN TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG AIR TAMBAHAN.
    ???? MADU ASLI 100% (TELAH DIUJI AGAR SESUAI DENGAN PENGHIDAP KENCING MANIS)
    ???? TIDAK MENGANDUNGI SERDAK.
    ???? MENGGUNAKAN CUKA EPAL YG TERKENAL DI SELURUH DUNIA!

    Dapatkan JUS SIHAT dan bertindak sekarang! Pencegahan lebih baik dari mengubati. Boleh juga dibeli utk ibu dan bapa yang disayangi. Serangan jantung tidak mengenal usia, umur dan bangsa!

    LIKE KAMI: http://www.facebook.com/sihathq

    HUBUNGI SEGERA!
    ????????????????????

    WHATSAPP

    ????0192958880
    ????0192958880
    ????0192958880

    1. Tidak juga. Pesakit yang suspek ada masalah jantung sahaja. Alat yang bro maksudkan itu adalah Fetal Doppler untuk mendengar degupan jantung janin.

      Bagi yang menanti saat melahirkan anak akan dipasangkan mesin Cardiotograph yang mempunyai sensor ultrasonic mengesan degupan jantung janin dan sensor toco untuk mengesan kontraksi kelahiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge